(Video) 2 mangsa buli dibelasah & ditampar 39 kali
Klip video pertama yang dimuat naik sejak semalam dikatakan berlaku di sebuah sekolah di Miri, Sarawak, menunjukkan seorang pelajar lelaki bukan sahaja diterajang, malah disepak dan ditumbuk beberapa pelajar lelaki yang tidak berpuas hati dengannya.
Mangsa cuba merayu agar tidak terus dipukul, namun suspek tidak mengendahkan dan berterusan membelasahnya.
Tidak diketahui punca sebenar kejadian itu, tetapi menurut seorang netizen, kejadian itu berlaku di luar kawasan sekolah.
Sementara itu dalam satu lagi kes buli berasingan, seorang pelajar perempuan ditampar sebanyak 39 kali oleh empat pelajar yang dipercayai berlaku di sebuah asrama sekolah yang tidak dinyatakan lokasinya.
Berdasarkan video tersebut, mangsa juga diterajang di bahagian dada kerana tidak berpuas hati dengan mangsa.
Mangsa yang tidak berdaya hanya terpaksa membiarkan dirinya ditampar bertubi-tubi sambil dirakam oleh rakan suspek yang sesekali memaklumkan kepada rakannya itu untuk tidak menampar muka mangsa dengan kuat kerana pipinya sudah lebam.
Sesekali mereka semua ketawa melihat mangsa ditampar secara berterusan.
Di media sosial, netizen mengutuk tindakan pembuli yang sewenang-wenangnya mengambil memukul kedua-dua mangsa yang tidak berdaya mempertahankan diri. Mereka turut menggesa pihak berkuasa menyiasat video viral tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap semua suspek.
Sumber: Kamek Miak Sarawak, Asien Barista Bob
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment