'Roh aku digantung dan dipuja oleh bekas pelajar di sini...' - Budak hostel main spirit of coin untuk seru roh student bunuh diri
Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
OKEY, malam ini saya akan open thread "Spirit of the coin" di mana saya bersama rakan-rakan bermain di hostel kami sewaktu diploma.
Permainan ini terlalu bahaya, bukan macam Jumanji tetapi jumainantu.
Hostel aku ialah bangunan yang paling lama. jadi, rule untuk bermain spirit of the coin ini, mesti bangunan yang sudah lama dibina. Kebetulan zaman dahulu pernah ada satu kes student bunuh diri disebabkan stress belajar lalu gantung diri di kipas. Situasi dari mula saya ceritakan.
Seperti biasa, permainan ini tak pernah plan dengan kawan-kawan nak main. Main siapa yang jenis rasa dan nampak serta dengar. Ada empat orang yang berani menyahut cabaran iaitu aku (jenis nampak), Dodo (dengar), Azi (rasa) dan Capang (dengar dan rasa). Yang paling utama adalah aku yang jenis melihat.
MAlam tu kami sibuk lawan PES 2015 dari bilik ke bilik dalam satu dom. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Kami pun lepak berempat borak sambil bergelak ketawa. Dengan tiba-tiba, Dodo bagi cadangan.
"Weh korang! Aku ada satu idea. Jom main spirit of the coin."
Aku dengan Azi geleng kepala.
Dodo: "Jomlah korang, kita tengok siapa berani! Lepas tu kita tutup balik. Okey Lid, kau jangan mengelabah kalau nampak apa-apa. Steady, diam dan tunjuk ke arah mana."
Aku pun diam dan jantung mula berderau sebab aku tahu game ini macam mana akibat dia kalau terlepas jari dan tak tutup balik.
Game ini hendaklah dimainkan di waktu tengah malam di dalam bilik yang digelapkan dan jika mereka bernasib baik, mereka tidak akan diganggu oleh makhluk-makhluk halus yang ada di situ. Tapi jika bernasib tak baik, terimalah pelbagai situasi yang tak disangka-sangka.
Maksud spirit of the coin ialah pada asalnya ia bukanlah sebuah permainan tetapi merupakan satu kaedah untuk berhubung dengan roh orang mati. Kaedah spirit of the coin ini digunakan dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan bercakap dengan roh yang tergantung.
Aku seperti biasalah tarbiah awal dekat diorang semua.
"Betul ni nak buka? Korang tahu kan padah dia kalau kita tersilap langkah."
Diorang pun paksa untuk buka. Okey, kami duduk berempat, tutup lampu dengan bakar lilin. Kami pun mulakan dengan perasaan takut dan gementar. Tapi Azi lempang aku.
"Kenapa tangan kau menggigil? Kau relaks boleh tak?! Nanti disebabkan kau, semua benda terlepas. Kita sama-sama hadap. Siapa je tak takut! Kau panggil roh plak tu datang menghadap."
Dodo ni, dia budak Kedah. Jadi dia memang tintong sikit. Waktu tu aku larang sesiapa bakar rokok. sebab kau bagi benda itu makan. Nanti dia nak lagi. Okey, baiklah semua setuju. Jin ini makanan dia ialah asap. Jadi seorang pun tak bakar apa-apa. Main dengan jantung saja berbunyi "dup dap.. dup dap..!"
Dodo mulakan dulu. Minta maaf, aku tak boleh tunjukkan cara-cara bermain atau syiling jenis apa yang hendak digunakan. Aku tak nak ajar yang bukan-bukan kepada pembaca. Kertas seperti di dalam gambar contoh. Yes/No dan huruf serta nombor.
Empat dari kami baca mantera yang tertera. Masa baca itu, tingkap bergegar. Capang menyebut, "Dia hadir, aku rasa dia makin hampir. Lid kau jangan buka mata! Semua jangan buka mata!"
Baiklah, kami semua pejam mata. Dodo pun bertanya.. semua diizinkan membuka mata.
Dodo: "Dari mana kau datang?"
Syiling bergerak satu persatu ke huruf.
Azi dan Capang jawab serentak. "Dari hostel ini juga, kau panggil aku!"
Aku masih pejamkan mata, tapi aku rasa syiling itu beralih dari jari aku. Takut tu jangan katalah kan.
"Kenapa kau ganggu student dengan tunjukkan diri kau?" giliran Azi pula bertanya.
"Ini tempat aku, aku berhak menentukan cara aku" kata benda itu.
Aku masih menutup mata, yang buka hanya tiga orang kawan aku sebab diorang tak nampak. Hanya lihat syiling bergerak dengan sendiri. Aku cuma dengar ejaan sahaja.
Giliran Capang: "Di antara kami ini, siapa yang boleh melihat kau dan apa yang kau nak dia buat?"
Syiling mengeja satu persatu iaitu bermula dengan nama aku "Khalid".
"Hanya dia (Khalid) yang dapat lihat kami di sini. Suruh dia bukakan mata dia"
Masa ini badan aku dah menggeletar. Takut nak buka mata, tetapi Aziz, Dodo dan Capang suruh aku buka juga.
"Buka Lid! Jangan pejam dan kalau rasa tak kuat nanti, kau pejam balik!"
Aku pun buka perlahan-lahan mata ku. First aku pandang kertas, syiling berada di tengha Yes/No sebab nak tukar soalan, kan.
Selepas melihat kertas dengan coin, kedua aku tengok Dodo, tersentak dan hampir nak terangkat jari dari syiling. Muka yang agak mengerikan tiada mata berambut panjang melihat Dodo.
Aku pun beralih pandangan kepada dua kawan aku, Capang. Berbulu besar mukanya gelap dan di belakang Azi seperti Kak Limah dengan berbaju Sari melihat keras juga dan terasa orang menghembus di belakang tengkuk aku sambil giginya menggigil-gigil seperti kesejukan (bunyi gigi). Lalu aku pun pandang ke kertas untuk tukar soalan. Syiling bergerak ke YES.
Giliran aku bertanya: "Kenapa kau berkeliaran di sekitar kawasan kampus?"
"Roh aku digantung dan dipuja oleh bekas pelajar di sini."
Kami berempat saling pandang dan aku ialah penutup untuk segala persoalan.
"Izinkan kami menutup permainan ini dan pulanglah kau ke tempat di mana kau hadir."
Jawapan beralih ke NO. Ah shit! Macam mana ni wei korang?! Dodo pun cakap, "Ada sebab kenapa dia tak nak endkan game ini. Biar aku tanya."
Dodo: "Kenapa tak nak balik?"
"Kawan kau yang nampak aku tu tahu macam mana nak hantar aku balik dan bebaskan aku"
Aku tersentak. Aku ke?! Ejaan demi ejaan tetapi stop sebab Capang boleh dengar dari bisikan dia.
Capang: "Lid, dia tahulah kau tahu ayat penyeru."
Aku pun, "Capang kau jangan dengar kata dia! Dia tu iblis, kau jangan terperdaya dengan kata-kata dia!"
Capang pun diam dan aku paksa untuk tamatkan permainan ini. Aku ajukan soalan.
"Kalau tak nak habiskan permainan ini, kau sendiri tahu apa keburukannya. Seksaan yang kau sendiri akan hadapi. Aku minta dengan cara baik untuk hentikan permainan spirit of the coin ini."
Syiling beralih ke YES dan perlahan-lahan sambil menggigil ke arah ayat 'GOOD BYE'.
Dan bila syiling tepat ke tulisan goodbye, aku perhati satu persatu dia terbang ke belakang dan hilang. Kami pun mengangkat jari dan bangun nak bakar kertas dan buang syiling. Baru nak buka lampu nak bakar, blackout satu hostel!
Azi: "Aku dah agak dah, ada yang tak puas hati."
Aku pun mengucap beristighfar sebab kami tahu permainan kami tadi memang syirik sebab kau berhubung dengan alam ghaib.
Capang dan Azi: "Kau dengar tak apa aku dengar? Benda yang sama datang sambil mendengus marah."
"Aku pun dah mula goyang sebab kita semua tahu dari mana dia datang. Jangan panik, menjerit dan lari. Kita punca dan kita sendiri hadap. Jangan disebabkan kita, orang lain yang tak ada kena mengena pula kena." tegas aku.
Semua bersetuju dan aku pun menuding jari ke arah pintu. Itu dia! Yang lain tak nampak. Aku pun tunduk minta maaf dan bacakan perjanjian antara jin dan Nabi Sulaiman. Ayat itu aku tak boleh share sebab itu adalah ayat penyeru dan pengunci dari buku mengubat orang sakit milik arwah ayah aku. Jadi, aku tak boleh nak share. Jadi aku pun mula membaca dan perjanjian.
Selesai membaca, kami berempat terus dapat melihat satu persatu dan dengar. Dia perlahan-lahan terbang ke tempat gelap sebelum hilang dan sempat sengih dan menangis.
Dan aku menyebut, "Kau adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dan aku adalah makhluk nyata yang dicipta juga oleh Allah SWT. Aku meminta izin kepada pencipta yang maha esa iaitu Allah SWT untuk membebaskan kau dari tergantung dari segala pemujaan manusia terhadap kau".
Selepas mendoakan, kami berempat dilarang untuk tidur di hostel. Apa lagi! Sewa keretalah pergi overnight di luar. Jangan buat gila malam itu juga nak tidur di hostel. Malam itu sunyi saja, masing-masing tak bercakap. Bunyi radio kereta saja, sampailah kami berehat tidur di Petronas. Takut punya pasal.
Dan inilah risiko jika bermain Spirit of the coin.
Jika tengah bermain, pemain mengangkat jari daripada duit syiling, roh itu akan mengikut kita balik dan akan sentiasa mengganggu pemain seumur hidup kerana tidak menghantarnya pulang.
Keduanya iaitu, terdapat kemungkinan roh yang dipanggil ke dalam permainan ini berdegil tidak mahu balik. Pemain harus meneruskan permainan dengan roh itu sehingga ia puas dan bersetuju untuk ke petak hotem atau goodbye yang tertulis di atas kertas spirit of the coin tersebut (seperti tadi).
Selalunya jawapan yang mengelirukan akan diberikan oleh roh yang menyamar. Dalam kes ini, roh jahat atau roh yang tidak tenteram tidak akan meninggalkan pemain selepas ritual ini selesai. Sebaliknya ia akan terus mengekori dan mengganggu pemain tersebut seumur hidup (macam Capang)/
Namun sebagai umat Islam, ini merupakan satu perbuatan syirik di sisi Allah. Jangan hanya kerana bersikap ingin tahu dan saja suka-suka buatkan akidah korang terpesong.
Alhamdulillah masing-masing telahpun bertaubat.
Sumber: @thehulkey
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment