(Video) CEO Menyamar Sebagai Pekerja Baru. Hasil Penyamarannya Menyentuh Jiwa Kita
Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang seorang CEO di China telah memecat dua orang pekerja yang tidak mengendahkan arahannya kerana tidak mengenali CEO itu. Terry Gou, taikun Taiwan meminta dua orang pekerja itu tidak merokok di kawasan larangan. Dua pekerja itu membalasnya dengan kata-kata yang kurang ajar: ‘Who are you? It’s none of your f****** business‘
Lain pula dengan kisah yang akan dipaparkan ini. Ia menjentik kesedaran realiti kepada orang atasan tentang apa yang dibuat dan dialami oleh orang bawahan mereka.
Mitchell Modell, CEO sebuah kedai peruncitan barangan sukan telah menyamar sebagai pekerja baru yang memerlukan latihan daripada salah seorang pekerja Modell’s Sporting Goods. Pekerja yang dipilih ialah Angel, seorang ibu dengan 3 orang anak yang tiada tempat tinggal dan menjalani kehidupan yang sukar.
Walaupun Angel orang susah dan diselubungi masalah serta kerisauan tentang masa depan anak-anaknya, dia tetap memberi fokus kepada pekerjaannya. Maka dia telah mengajar ‘pekerja baru’ itu dengan begitu baik sekali. CEO telah menyaksikan kesungguhan Angel bekerja dan kefahamannya tentang kerja di situ selama 1 minggu.
Pengalaman CEO bersama Angel telah membuatkan CEO menangis dan mahu berubah. Apatah lagi apabila mendengar kata-kata semangat dari Angel yang menyangkakannya adalah hanya rakan sekerja. Sebagai balasan, kehidupan Angel berubah!
Angel telah dilantik menjadi penolong pengurus dan diberikan beberapa ganjaran lain yang membuatkan Angel jatuh ke lantai,
Saksikan kisah penuh Angel dan CEO Modell’s Sporting Goods di sini:
Angel tidak diberitahu bahawa dia akan muncul di rancangan TV CBS bertajuk Undercover Boss. Dia hanya menyangkakan dia terlibat dengan dokumentari latihan pekerja baru.penmerahpress-
Kredit: thevocket.com
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment