Hanya Mampu Bagi Ini - Hadiahkan Isteri Mini Cooper, Black Buat Isteri Terharu
Siapalah yang tak sayangkan isteri. Orang cakap bila dah berumahtangga ni kena rajin untuk menghangatkan hubungan. Nak-nak pulak yang dah lama kahwin supaya tidak lah rasa hambar je kan. Kalau zaman bercinta dulu boleh surprise bagai kenapa tidak bila dah bernikah.
Inilah langkah yang diambil oleh Black untuk sentiasa pastikan bunga-bunga cinta sentiasa mekar dalam rumahtangganya. Kalau tengok Balck ni bukanlah jenis yang berpuitis caption panjang pasal isteri. Tapi video ini membuktikan sebenarnya dia seorang yang romantik cuma dengan cara yang berbeza. Tak percaya korang tengoklah.
Isteri nampak sangat terharu.
Video ini dikongsi oleh Black di laman Instagramnya. Nampak sangat isteri Black, Cika Khairy terkejut dan terharu dengan pemberian Black iaitu Mini Cooper berona putih. Comel je reaksi Cika.
Hadiah selama berkahwin, saya bagi niUjar Black dalam video. Black telah bernikah dengan Cika pada 13 September 2013. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia dua tahun. Moga ikatan mereka berdua kekal ke jannah.
Kredit : black.hanifah
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment