Baru Bercerai, Dato Vida Akui Ramai Cuba Rapat
Belum pun habis tempoh edah, pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd, Datuk Seri Vida atau Datuk Seri Hasmiza Othman sudah didekati oleh beberapa individu yang berminat untuk mengenalinya dengan lebih dekat.
Kata Dato Vida lagi, dia berasa amat kesal apabila ramai yang cuba merapatinya dengan berhubung dengannya melalui laman sosial dan juga aplikasi WhatsApp.
“Buat masa ini, pintu hati saya belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidup dan lebih selesa bersendirian. Jika ada sekalipun biarlah individu itu sanggup hidup susah dan senang bersama saya.
Malah, menurut Dato Vida, sejak disahkan bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin awal bulan lalu, baru kini dia keluar menghadiri majlis hiburan.
“Ini adalah kemunculan pertama saya selepas ‘terperuk’ di dalam rumah apabila kembali bergelar ibu tunggal.
“Alhamdulillah, saya makin kuat mendepani hari mendatang bersama anak-anak. Saya baik-baik sahaja,” katanya.
Menurutnya, dia percaya apa yang berlaku terhadap rumah tangganya pasti ada hikmah di sebaliknya.
Perkahwinan selama tiga tahun Vida dan Fairuz akhirnya musnah apabila pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Syariah Ipoh, Perak 7 April lalu.
Dato Vida bernikah dengan Fairuz, 39, pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiga ahli perniagaan itu. Semoga Dato tabah menghadapi dugaan kali ini.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment