'Jika 'tetamu' biadap, halau mereka daripada rumah kita' - Izwan Azir titip pesanan pada rakan media, ulas isu berkait Dato' Hattan
Pelbagai pendapat dilontarkan berhubung isu tindakan yang dilakukan oleh penyanyi terkenal, Dato' Hattan terhadap pembaca berita sebuah televisyen baru-baru ini. Susulan dari isu tersebut, Hattan menerima pelbagai kecaman dari pelbagai pihak.
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut juga, Izwan Azir Salleh mengecam tindakan 'tetamu' yang tidak menghormati prinsip 'tuan rumah.'
"Hos radio/TV dan penyampai berita, please tanam falsafah ini di dalam diri kita. Program yang kita hoskan adalah 'rumah' kita. Mereka yang dijemput masuk ke dalam ruang kita adalah 'tetamu' dan jika mereka biadap, jangan tunggu lama untuk 'halau' mereka daripada 'rumah' kita," katanya.
Katanya, sebagai tetamu, individu perlu menghormati apa yang disuarakan atau ditanyakan oleh tuan rumah.
"Tujuan kita memanggil atau menelefon seseorang untuk mendapatkan pandangan ialah kerana kita mahu tahu pendapat dan buah fikiran orang itu.
"Jika dia bertanya 'awak tak study dahulu ke sebelum call saya?', jawab dengan tegas 'saya tahu sedikit, kerana itu saya call untuk dapatkan pandangan dan pencerahan anda.
"Sekiranya saya tahu semua perkara, saya tidak akan buang masa untuk telefon anda jangan takut status dia. Tapi jika penghormatan kita dibalas sikap biadap, kita berhak mempertahankan 'rumah' kita," katanya.
Beliau juga menceritakan pengalaman yang pernah dilalui ketika mengendalikan orang kenamaan.
"Seorang bekas Menteri pernah sound saya begitu di hadapan seorang bekas Perdana Menteri. Ketika itu dia hanya seorang Timbalan Menteri. Saya jawab dengan dia, 'saya hormat Dato' tapi Dato' tolong jangan cross the line dengan masuk campur dalam tugas saya'. Terdiam dia.
"Memang kita kena buat homework untuk tugasan kita. Tapi pihak lain tak nampak, pada hari itu saja bukan isu itu sahaja yang kita kena buat homework, banyak isu lain. Jadi wajar saja kita tahu sedikit-sedikit dan mahu tahu lebih dalam lagi, kerana itu kita dapatkan pihak ketiga untuk ulas
"Kita boleh akui kita tidak tahu banyak dan berminat untuk mahu tahu lagi tapi prinsipnya, jika dia mula tunjuk taring dan kelihatan mahu 'membuli' kita kerana dia orang ada nama, status, otai, legend dan sebagainya, kita tidak boleh tunduk pada dia.
"Jangan lupa. ketika duduk di pentas hos atau penyampai, gelaran kita adalah 'anchor'. Dalam istilah Navy, anchor adalah kepten kapal. Kita yang kawal kapal itu, bukan orang lain. Jika orang lain mahu rampas kapal kita, singkirkan dia. The stage, the show, the airtime is yours, not the guest," katanya.
Sumber: Izwan Azir Saleh
Post a Comment