'C*laka punya driver 4x4!' - Netizen selar tindakan pemandu 4x4 jadi punca kemalangan



Gara-gara tindakan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang memotong secara berbahaya, pemandu kereta sedan yang dipercayai terkejut lalu hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan. 


Video dashcam kejadian itu kini tular di media sosial sejak semalam da berdasarkan tarikh pada video menunjukkan kejadian tersebut berlaku pada Khamis, 20 April, kira-kira jam 10.53 pagi semalam. 


Berdasar video, pemandu tidak bertanggungjawab itu memotong dua buah kenderaan di hadapannya di laluan garisan berkembar. 


Tindakannya itu telah menyebabkan mangsa dipercayai terkejut dan cuba mengelak dari berlanggar dan menyebabkannya terbabas ke bahu jalan. 


Kenderaan di belakang mangsa yang menyedari kejadian itu sempat menekan brek kecemasan sehingga menyebabkan kenderaannya berpusing.




Tidak diketahui keadaan mangsa, tetapi di media sosial netizen menyelar tindakan suspek yang bukan sahaja melanggar peraturan jalan raya, malah membahayakan nyawa pengguna jalan yang lain.
 

"Musibat betul! Rakaman video dah ada, mesti akan jumpa pemandu tu nanti. Anak hara* punya driver 4 x 4!" kata Pemburu. 


"S*al punya pemandu 4 x 4! Esok dah nak raya kau buat perangai. Bagus dipijak orang macam ni, pentingkan diri!" kata Faiz. 


"Kebanyakan orang yang bawa kereta macam ni memang perangai macam ha**t! Mentang-mentang bod kereta kau keras," kata Faz. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.