'Apa bisnes kau ni?! Orang bayar la bodoh! Saya tunggu lama tau?!' - Tular video 2 pelanggan serang restoran mamak
Tular di media sosial semalam video memaparkan dua pelanggan bertengkar dengan kakitangan sebuah restoran berhubung kelewatan mereka menyiapkan makanan yang dipesan.
Pada awal, dua individu terbabit memarahi kakitangan berkenaan kerana tidak berpuas hati pesanan mereka lambat disiapkan dan dalam yang sama mereka menuntut wang dikembalikan.
Tetapi, kakitangan berkenaan dipercayai enggan berbuat demikian dan mengundang kemarahan menyebabkan pelanggan wanita menolak kerusi dan bekas kuah kari sehingga terjatuh ke lantai.
Kejadian itu disaksikan oleh ramai pelanggan dan tiada seorang pun yang tampil meredakan keadaan.
Wanita terbabit juga menegaskan dia akan menghubungi seseorang untuk mengambil tindakan terhadap restoran tersebut.
Drama raya ke-3
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 24, 2023
Kejadian dekat kedai mamak. kerugian sebiji helmet kura-kura dengan 1 bekas kari.
Cameraman tiptop! pic.twitter.com/tTcxcSveNc
Sementara itu di media sosial, netizen juga mendapati review restoran tersebut pernah menerima maklum balas negatif dari pelanggannya.
Tidak diketahui apa yang berlaku seterusnya tetapi orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengundang kepada kemudaratan diri di kemudian hari. Sekiranya tidak berpuas hati, gunakan saluran yang betul dan tangani masalah yang timbul dengan cara yang baik.
Sumber: Twitter Malaysia Most Viral
Post a Comment