(Video) 'Kau boleh bagi makanan berulat, babi la kau!' - Pelanggan mengamuk, temui ulat dalam makanan yang hampir habis dijamah


Viral di media sosial klip video seorang pelanggan lelaki memarahi beberapa pekerja di sebuah kedai mamak yang mendakwa makanannya dicemari ulat.

Lelaki terbabit berang apabila mendapati makanan yang dipesannya dicemari beberapa ekor ulat yang ditemui dalam ayam goreng setelah dia hampir habis menjamah makanan tersebut.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, lelaki itu kemudian memarahi pekerja premis itu dan menuntut mahu berjumpa dengan pengurusan kedai itu.

Berdasarkan video, seorang pekerja wanita kelihatan ingin mengemas pinggan di atas meja itu, tetapi dihalang oleh lelaki tersebut.

Susulan viral insiden tersebut, restoran mamak di Batu 6, Teluk Kemang Port Dickson di sini, diarahkan tutup selama 14 hari selepas didapati kotor.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Zainuddin Mohd Ali berkata, hasil pemeriksaan dilakukan restoran itu didapati melanggar akta Peraturan-Peraturan Kesihatan Malaysia (PPKM) 2009.

"Kita sudah arahkan restoran ini ditutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Selain itu empat notis turut dikeluarkan kepada restoran tersebut di bawah PPKM 2009," katanya.


Menurutnya, premis yang diarah tutup kebiasaannya mempunyai lebih daripada satu kesalahan dan tahap kebersihan yang sangat rendah serta perlu diambil tindakan segera.


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.