(Video) 'Anak saya lurus bendul' - Bapa remaja pijak al-Quran tampil beri penjelasan


Roslan, bapa kepada remaja perempuan berusia 17 tahun yang memijak al-Quran dalam klip video viral baru-baru ini, memaklumkan anaknya itu seorang yang lurus bendul.

Menurutnya, walaupun anaknya berusia 17 tahun, tetapi pemikiran anaknya itu masih seperti budak-budak berusia tujuh atau lapan tahun. Malah, remaja itu hanya berkawan dengan kanak-kanak dan budak, bukannya dengan rakan sebaya. 

"Anak saya umur 17 tahun dan sudah berhenti sekolah kerana dia kata tidak nampak 'jalan' (tidak dapat meneruskan pelajaran). Jadi saya menyuruh dia berhenti sekolah. 

"Dia seorang yang lurus bendul dan pemikirannya tak waras mana," katanya dengan nada yang sebak. 

Sementara itu, kakak remaja terbabit, Fatihah, membuat laporan polis sebaik saja melihat klip video adiknya memijak al-Quran itu viral sejak Khamis lalu. 

Fatihah kemudian meminta penjelasan adiknya yang mengaku berbuat demikian kerana dipaksa (oleh rakan-rakan). Tidak menafikan dirinya marah, namun apakan daya perkara itu telapun berlaku dan dia bertindak membuat laporan polis kerana tidak mahu keluarganya malu dengan kejadian itu. 



LAPORAN BERKAITAN

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.