'Terimalah akibat apa yang hang dah buat kat anak hang tu' - Rakan dedah si ibu jadikan anak OKU sebagai hamba
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis dan Polis Diraja Malaysia berjaya menyelamatkan seorang remaja OKU yang didakwa menjadi mangsa penderaan oleh ibu dan abang kandungnya. Dia ditemui dengan kesan luka lama dan luka baru di rumah mereka di Mata Ayer, Perlis. Ain kini ditempatkan di bawah penjagaan JKM.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan Masyarakat dan Tugas-Tugas Khas Perlis, Siti Berenee Yahaya memaklumkan penduduk setempat tahu Ain sering ditinggalkan keluarga berkenaan setiap kali keluar berniaga.
Ekoran isu ini menjadi tular, ada pihak yang mendakwa mengenali ibu Ain semenjak kecil lagi. Menurut pengakuan status di Twitter itu, wanita ini menyatakan dia mengetahui punca Ain jadi begitu.
“Aku kenai mak Ain ni, kawan aku dari kecik. Sama-sama membesar. Kenapa Ain jadi macam tu pun aku tahu sebabnya. Syukurlah kalau semuanya dah terbongkar. Zarina sekarang ni dalam tahanan polis. Terimalah akibat apa yang hang dah buat kat anak hang tu.” tulisnya.
Menurut wanita ini lagi, Ain pernah tinggal dengan neneknya sebelum ini, tetapi ibunya mengambil Ain kembali untuk dijadikan sebagai hamba kerana Ain seorang sahaja anak perempuan.
Wanita ini juga disoal mengapa tiada tindakan yang dilakukan jika sudah mengetahui perkara ini dari awal? Ujarnya, Zarina, ibu kepada Ain, seorang yang suka berpindah randah kerana ada masalah.
Wanita ini juga mendakwa, semasa mengandungkan Ain, Zarina di dalam proses penceraian. Dan kerana itu, Zarina seperti membenci Ain. Lagi mengejutkan apabila wanita ini mendedahkan, Ain sudah dipaksa melakukan kerja-kerja rumah ketika umurnya 4 tahun!
Sumber: TinieRazak, Lobak Merah
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment