'Ingatkan kena gigit nyamuk' - Bayi alami alergik teruk seluruh badan selepas ibunya terlupa bersihkan baby chair
Adakalanya anda ternampak ibu bapa yang terlalu berhati-hati sehingga sanggup membersihkan benda-benda awam sebelum disentuh oleh anak mereka.
Agnest Chew mendapati, adalah penting untuk berbuat demikian setelah mendapati bayi perempuannya mengalami alergik teruk, selepas diletakkan pada kerusi bayi yang terlupa dibersihkan.
"Selepas kejadian itu, saya sedar bahawa bertapa pentingnya menitik beratkan soal kebersihan terutamanya apabila kita membawa anak-anak makan di luar.
"Tidak cukup sekadar mengelap baby chair begitu sahaja, mesti gunakan sanitiser untuk bersihkan baby chair itu sepenuhnya.
"Saya cuai, hanya guna tisu basah untuk bersihkan sebahagian baby chair. Sebelum itu, anak saya sihat saja. Namun selepas beberapa ketika, keliling matanya muncul ruam merah. Dia langsung tak mahu makan dan mula menangis meminta saya mendukungnya.
"Pada mulanya saya ingatkan dia digigit nyamuk, tetapi selepas pulang ke rumah saya mendapati wajah, leher dan sebahagian badannya kemerah-merahan dan berasa gatal," katanya.
Bimbang melihat keadaan anaknya itu, Agnest segera menyapu sedikit krim pada wajah dan badan anaknya yang terjejas tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan positif.
Mangsa dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan bayi itu mengalami alergik terhadap debu atau yang sewaktu dengannya. Namun Agnest percaya ia berpunca dari baby chair di kedai makan yang dikunjungi mereka sebelum itu.
Walaupun begitu, Agnest tidak mahu menunding jari terhadap premis tersebut. Sebaliknya dia sekadar mahu mengingatkan golongan ibu bapa untuk memastikan benda yang bakal disentuh oleh anak berada dalam keadaan bersih bagi mengelakkan kejadian seumpama ini.
Sumber: Agnest Chew, World of Buzz
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment