'Dakwaan Hana itu tidak benar' - Abu Sufyan nafi rumah tangganya bergoncang
Semalam media melaporkan isteri baru kepada (EX PU) Abu Sufyan, iaitu Hana Azraa bahawa hubungan mereka mula bergolak dan sudah tidak tinggal bersama sejak sebulan lalu.
Menurut Hana, masing-masing sudah membawa haluan masing-masing dan kini dalam proses untuk bercerai.
Dalam kenyataan yang dikongsikan mStar semalam, Hana menegaskan dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan Abu dan mahu memberikan fokus pada anak dan kerjayanya.
Bagaimanapun, Abu melalui laporan MHETV menafikan dakwaan isterinya itu dan menegaskan dia tidak meninggalkan isterinya.
"Kami masih suami isteri. Kami masih sebumbung dan saya datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan anak.
"Dakwaan Hana itu tidak benar kerana saya baru saja ke sini dua tiga hari," katanya.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment