Budak parah di kepala selepas dihempap peti ais besar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah ditimpa peti ais dalam kejadian jam 11 malam semalam di rumah keluarganya di Taman Cempaka, Nilai.
Mangsa, Muhammad Fawwaz Adli mengalami kecederaan di bahagian kepala. Namun bapanya, Mohd Bukhari, percaya anaknya tidak dihempap peti ais itu sepenuhnya, tetapi dipercayai pada bucu peralatan elektrik tersebut.
Doktor yang memeriksa mangsa mendapati berlaku pendarahan di kepala yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.
Mohd Bukhari melalui Facebooknya meminta orang ramai mendoakan anak sulungnya itu diberikan kesembuhan.
"Assalamualaikum. Mohon sahabat semua mendoakan anak sulung saya Muhammad Fawwaz Adli yang kini sedang ditahan di wad ICU (kecemasan) Hospital Seremban kerana dihempap peti ais besar di rumah," katanya.
Sumber: Harian Metro
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment