'Anak menjerit dari tingkat bawah, bila jenguk, api keluar dari main switch box!'
Setiap kejadian yang berlaku tidak dapat dijangka oleh kita. Oleh itu, segala persediaan dan kelengkapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan perlu dilakukan. Persediaan ini bukan sahaja untuk kesenangan pada masa akan datang tetapi juga dapat menyelamatkan banyak nyawa.
Sikap wanita ini wajar dipuji apabila berdepan dengan situasi yang mencemaskan. Dia dan anak-anaknya berdepan dengan situasi yang tidak dijangka, apabila kotak suis di rumahnya tiba-tiba terbakar. Nasib menyebelahi dia dan sekeluarga kerana di rumahnya ada alat pemadam api. Sebelum pihak bomba sampai, dia berjaya memadamkan api sebelum terus merebak.
KETIKA kejadian lebih kurang jam 11 pagi, saya sedang mandikan anak kecil di tingkat atas. Terdengar suara anak sulung dan anak kedua menjerit berkali-kali dari tingkat bawah.
"Ibu.. ibu, tolong ibu, ibu turun sekarang ibu".
Saya jenguk dari tangga, Allahuakhbar API! Api keluar dari main switch box yang terletak di sebelah pintu utama rumah. Anak-anak, saling menjerit ketakutan.
Saya kumpulkan mereka 4 beradik di luar pagar rumah. Api sedang membesar. Saya istighfar dan tawakal berlari semula naik ke tingkat atas ambil handphone. Sambil berlari turun tangga, terus hubungi mak.
"Mak, rumah Ayong terbakar, tolong datang ambil anak-anak Ayong".
Kemudian jari laju dail 999. "Cik, rumah saya terbakar di Saujana Impian Kajang". Mereka terus sambungkan panggilan ke Balai Bomba berhampiran. Saya hubungi pula suami yang sedang bekerja.
"Abang, balik.. rumah kita terbakar!"
Beberapa minit kemudian adik saya sampai dan ambil anak-anak bawa ke rumah mak (rumah saya berhampiran dengan rumah mak).
Dalam keadaan kelam kabut, saya terfikir, "Aku ada alat pemadam api". Capai pemadam api, tarik kuncinya. Saya tawakal sepenuhnya, berlari semula masuk ke rumah untuk padamkan api yang kian marak. Non-stop tekan pemadam api.
Pengalaman ini benar-benar mengajar. Tips ini saya kongsikan kepada semua sahabat. Jika berlaku kebakaran ketika kita berada di dalam rumah.
1. JANGAN PANIK
Ya, bukan mudah nak bertenang dalam situasi cemas tapi mahu atau tidak, kita sedang pikul tanggungjawab besar sebagai seorang Ibu. Nyawa anak-anak menjadi keutamaan. Jika kita panik, seriously kita tidak boleh berfikir secara rasional.
2. BERKUMPUL SATU TEMPAT
Pastikan semua orang di dalam rumah berkumpul di luar rumah atau di tempat selamat. Ini untuk memudahkan proses menyelamat.
3. SELAMATKAN DIRI SENDIRI
Cuba sepantas boleh selamatkan diri kerana hanya kita sahaja tahu laluan mana di dalam rumah yang paling selamat untuk kita selamatkan diri.
4. HUBUNGI 999/KELUARGA
Telefon keluarga dan pihak penyelamat, talian 999 sangat membantu. Apa yang boleh saya katakan, mereka sangat efficient. Hubungi TNB juga.
5. ALAT PEMADAM API
Wajib ada pemadam api di setiap rumah. Ia berguna. Ya, sekarang kita fikir tiada keperluan tapi jika berlaku kebakaran ia membantu selamatkan nyawa, harta benda dan kawasan kejiranan. Jika berlaku kepada jiran, kita dapat membantu. Pahala free.
6. CHECK PENDAWAIAN ELEKTRIK
Semoga tips ini dapat memberi persediaan mental fizikal kepada kita jika berdepan dengan situasi cemas.
Terima kasih Ya Allah, Kau turunkan ujian diwaktu siang semasa aku sudah terjaga dari tidur malamku. Jika ujian ini berlaku dikala aku sekeluarga sedang nyenyak tidur, mungkin kami sekeluarga terkandas di tingkat atas dan sudah tiada di dunia ini. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk kami tumpang di bumi-Mu ini lagi.
#AllahUjiSebabDIASayang
#PentingAdanyaPemadamApi
Sumber: Ellysyafina Dali
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment