'Abah terlanggar sesuatu & benda itu bergolek bawah kereta ...'
Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
THREAD SERAM tentang Jalan Muadzam Shah (where I'm studying now) - Rompin (kampung aku). Teringat cerita-cerita makcik dengan mama masa aku kecil dan pengalaman kawan mama. Kalau you guys nak tengok keadaan jalannya, tonton video di bawah ni.
KISAH PERTAMA
Kejadian ini berlaku suatu ketika dulu. Masa tu aku masih kecik lagi. Balik kampung naik van satu family. Abah dulu suka tidur tepi jalan kalau dia rasa mengantuk sangat dan mama pula tak reti bawa van masa tu. So, abah tidur di tepi jalan di kawasan jalan ini.
Masa dalam van ramai, ada abah, mama dan makcik dua orang, kakak sulung dan aku. Adik-beradik lain naik kereta lain which is gerak lebih awal. Cerita seramnya, abah tidur tepi jalan area Kedaik. Iaitu kampung orang asli sepanjang laluan jalan ini. Semua orang tidur kecuali makcik aku.
Makcik Ateh dan Makcik Ude tidak dapat tidur sebab tak selesa. Sebenarnya diorang tak suka tidur di tepi jalan ni. Masa tak tidur tu, diorang nampak satu pasangan ini. Yang si perempuan ala-ala pakai gaun gitu dan lelaki berbaju biasa saja.
Guess what? Lelaki itu tak ada kepala dan benda itu berjalan di seberang jalan. (Part ini tak berapa seram sangat). Then diorang bacalah apa yang patut sampailah benda itu blah dan kejutkan abah, then terus gerak ke kampung.
Masa tu tengah malam. Bila dah sampai kampung, barulah diorang buka cerita mengenai kejadian itu.
KISAH KEDUA
Kawan mama outsation dekat Rompin. So, kawan mama ni like I can tell you guys is pegawai polis. Kisah ini berlaku 4/5 tahun lalu, dah lama juga. Diorang outstation kira-kira seminggu dan terpaksa balik ke Kuala Lumpur malam hari terakhir juga sebab kena lapor diri di Kuala Lumpur.
So malam itu tak adalah tengah malam sangat diorang gerak. Lebih kurang jam 11 malam tu, diorang lalu jalan Rompin-Muadzam ni.. Macam biasalah, jalan lengang and best way to describe jalan ini is, tiada sesiapa yang lalu pada waktu malam. Kalau ada pun hanya orang kampung di kawasan itu.
Diorang pandu dengan laju lebih kurang 150km/j (sempat tengok meter LOL). Tetapi tiba-tiba kawan sebelah driver ini senyap selepas borak-borak (diorang berdua je).
Driver tanya kenapa kawan dia senyap. Kawan dia kata jangan toleh kanan. Dengan sifat ingin tahu norma manusia, maka dia pun menoleh.
Nak tahu apa yang dia nampak? Pada kelajuan itu, dia ternampak satu kelibat ibarat Hussein Bolt berlari seiring dengan kereta. Sebelum sekolah tajam, mereka pun terbabas. Mujur mereka selamat. Yelah, kalau tak selamat, mana sempat nak cerita kan?
KISAH KETIGA
Selepas balik kampung naik van, kitorang family naik kereta pula. Nak balik sebab ada kenduri saudara. Macam biasa abah is the driver yang suka bertolak di waktu malam. Tak banyak kereta katanya. Astaga. Dulu family naik Saga petak je.
Ceritanya, masa itu I dah ada adik kecil. Dalam perjalanan balik ke kampung dan dah sampai di Kampung Menchali, bila dah nak sampai simpang Leban Chondong, tengok abah syok layan corner baring. Tiba-tiba abah terlanggar sesuatu dan benda itu macam bergolek bawah kereta.
Adik aku dah start menangis. Mula-mula abah nak berhenti serta-merta di tepi jalan tu. Tetapi mama kata jangan sebab rasa tak sedap hati. Then kitorang teruskan perjalanan sampailah ke simpang Leban Chondong itu. And guess what?
Sampai je simpang tu, bunyi tadi terus hilang dan adik berhenti menangis. Abah berhenti di tempat ramai orang, periksa bawah kereta. Tak ada pun punca yang mengeluarkan bunyi itu tadi.
Tahu tak bunyinya macam mana? Macam kelapa bergolek di bawah kereta. Tak tahulah kan kalau kepala orang ke.
Jalan ini seram dia tak boleh dibawa berbincang sebab kalau malam, bertuah kalau ada kereta lain. Kalau tak, depan belakang semua gelap gelita.
Dah besar ni pernah je drive seorang diri lalu jalan ini tetapi bukan tengah malam la. Lebih kurang jam 9 malam macam tu. Tetapi macam nak terbang juga Axia tu.
Sorry kalau cerita aku tak seram, cuma nak kongsi pengalaman sendiri. Kalau nak pergi ke mana-mana, plan betul-betul dan jangan bertolak pada waktu malam buta. Ini berdasarkan kisah benar.
Ini jalannya pada waktu siang, tapi ini dekat area Muadzam lagi. Gambar ini baru je ambil.
Sumber: @camibakri
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment