'Orang lain pun drive jugak, takde terjun ke laut pun, buang karan je siasat' - Padah lempar komen biadab, golongan rasis ini diselar netizen
Semalam, ahli keluarga mendiang Moey Yun Peng memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan dan memberi keadilan untuk mangsa yang maut akibat keretanya terjatuh ke dalam laut selepas dilanggar pemandu Toyota Vios berwarna hitam dalam kejadian di Jambatan Pulau Pinang baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang memandu kereta Mazda CX-5 di lorong kanan dilanggar oleh kereta Toyota Vios dan menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali sebelum terjatuh ke dalam laut.
Kereta mangsa hanya berjaya dinaikkan selepas operasi mencarinya selama tiga hari dan mayatnya didapati masih berada di tempat duduk dan memakai tali pinggang keledar.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang tidak senang duduk dengan permintaan keluarga mendiang Moey Yun Peng dan dengan biadab melemparkan komen-komen yang tidak sepatutnya.
Tidak cukup dengan itu, netizen turut mengaitkan kes anggota bomba yang meninggal dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Allahyarham Muhammad Adib dalam kejadian 27 November lalu.
Tindakan biadab netizen itu mengundang kemarahan ramai di mana mereka tidak sepatutnya mengeluarkan komen berbaur penghinaan dan perkauman seperti itu.
"Sanggup komen mengeluarkan kata-kata kesat. Apa pun bangsa dan agama, kita semua hamba Allah yang satu hari nanti akan pergi jua. Sama-samalah kita menghormati perasaan keluarga mangsa," kata netizen.
Sumber: Eh Bangau La
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment