'Aku besarkan anak aku..aku lahirkan anak aku..tu anak aku!' - Ibu dan keluarga terkilan anak perempuan mereka dilarikan lelaki tak guna
Sikapnya yang lemah lembut disenangi kaum keluarganya. Tetapi kerana perbuatan lelaki yang tidak bertanggungjawab, wanita ini mula berubah sehingga keluarga sendiri sudah tidak mengenali sikap peribadinya yang dulu.
Kisah wanita ini diceritakan oleh adiknya di Twitter. Luahan adiknya ini mendapat perhatian netizen yang begitu simpat dengan nasib yang menimpa keluarga ini.
Setelah bersusah payah menjaga kakaknya ketika 'sakit', tiba-tiba kakaknya dirampas kembali ke pangkuan lelaki tersebut. Sehingga kini, kakaknya tidak menghubungi keluarganya. Dan apa yang menyedihkan apabila mendengar rintihan si ibu yang rindukan anak perempuannya.
TENGAH malam macam ni best jugak nak taip buat thread kisah kakak aku yang kahwin lari dekat Thailand. Sampai sekarang kakak tak balik ke pangkuan keluarga dan dia merupakan kakak yang paling baik dalam family aku. Dia kahwin lari dengan lelaki yang dia paling benci.
Benda ni awalnya terjadi beberapa tahun lepas. Waktu kakak aku mula bekerja di kedai hardware sebagai kerani dan boleh dikatakan buat kerja all in 1 la.
Kakak aku ni lembut orangnya dan jenis suka pendam masalah. Dia lah adik beradik paling lembut dan baik gila. Bayangkan waktu kakak study di kolej, boleh dikatakan tiap malam call mak ucap selamat malam dan sayang.
Kalau kakak balik cuti sem, dia mesti bagi duit dekat adik-adik dia. Bagi senyap-senyap tau. Kakak ni jenis suka bangun solat malam dan mengaji tiap kali lepas solat maghrib. Lepas kakak habis belajar kolej, dia bekerja dekat kedai hardware. Dia memang berniat kerja situ sambil tunggu offer kerja yang lebih baik lagi.
By the way, owner kedai tu laki orang, ada 3-4 orang anak dan memang jenis jantan gatal giler. Aku namakan lelaki owner kedai tu : si hitam. Sebab fizikal dia buruk sama dengan hati dia yang hitam!
Kakak aku pernah bagitahu dia nampak si hitam ni bermesej lucah dengan orang. Siap orang tu hantar gambar lucah dekat si hitam tu.
Si hitam ni mmg ada banyak kes dengan perempuan lain. Si hitam ni jenis pandai bercakap manis dengan perempuan, suka pergunakan agama dan mulut dia tu aku rasa nak bagi pelempang 1000x je! Geram gila aku ingat balik si hitam tu!
Pernah kakak aku meluah pada kakak lain yang dia rasa dah tak nak gila-gila kerja dekat kedai tu. Tapi dia terpaksa teruskan jugak sebab dia nak cari duit bayar kereta tiap bulan. Kakak aku tak nak menyusahkan mak dan abah.
Kakak pernah cakap yang dia benci gila-gila dekat si hitam tu! One day kakak dapat offer interview untuk kerja di satu tempat ni. Kami mintak tolong orang untuk jadi kabel dan mudahkan kakak aku diserap masuk kerja.
Si hitam tu tahu kakak aku attend interview tempat tu! Guess what? Padahal ada possibility kakak dapat kerja end up tak dapat. So bermula la episod kakak aku jadi mangsa si hitam tu.
Makin lama kakak aku berubah perangai. Dia jenis yang suka pendam sorang diri so kami satu family tak tahu yang kakak aku ada masalah. Macam-macam benda dah mula berlaku. Aku sambung belajar jauh dari rumah dan masa ni aku tak tahu apa yang terjadi. Tiba-tiba kakak aku bagitahu yang dia decide untuk sambung degree di Uitm Machang. Mak dan abah izinkan kakak sambung belajar.
Selepas 3 tahun belajar, kakak dah berada di sem akhir (perlu attend internship berdekatan rumah), kakak senyap dan tak pulang ke rumah! Tak silap dah 2-3 hari. Mak mesej kakak tak reply. Call tak angkat. So, kami buat keputusan untuk buat laporan polis yang kakak hilang.
Benda ni sampai ke balai polis machang (sebab kakak study dekat sana kan). Polis sana yang call dan kitorang dapat berita yang sangat menyedihkan. Kakak bagitahu pada polis,
"Saya sekarang selamat dengan suami saya."
Satu family terkejut! SUAMI??????????
Mak hampir pitam kot. Kitorang tak boleh reach langsung akak. Sebab "suami" dia tak bagi contact kami. Ya Allah, luluh hati family. Kitorang gunakan orang tengah untuk tahu lebih lanjut soal perkahwinan kakak tu.
Banyak info yang buatkan kami rasa sedih sangat. Kakak takkan bertindak macam ni kot. Kami dapat tahu kakak dah berkahwin 5-6 bulan lepas dari tarikh kakak tak balik rumah. Tarikh tu 2-3 hari sebelum raya haji.
Waktu raya haji 2016, kakak balik beraya dekat rumah. Kitorang sambut happy kot! Siap tangkap gambar family ramai-ramai, bergelak ketawa. Diorang kahwin lari di Narathiwat. Si hitam tu dah lama plan benda ni. Selepas kejadian ni, family kami bertindak untuk dapatkan hak kami!
Nak tahu apa lelaki tu buat? Dia yang beri arahan pada akak yang kakak tak boleh jumpa dan contact family! Kiranya akak ni dah jadi hak dia. Keadaan kakak macam patung. Kakak tunggu segala perintah dari si hitam tu sebelum bertindak segala benda.
Bayangkan my sis yang lain dan abang pergi rumah si hitam tu nak pergi tengok kakak. Si hitam tu bagi arahan satu persatu baru kakak bertindak buat benda. Macam orang bodoh pulak.
Mak dan abah pergi mahkamah syariah dan fight benda ni. Macam mana boleh kahwin senyap-senyap tanpa minta kebenaran wali?? Patutnya wali tak izin baru boleh kahwin lari?? Kitorang jugak pertikai yang sijil kahwin diorang tu sah atau tak sebab diorang tak ada sijil kahwin Malaysia. So, mahkamah jatuhkan perintah faraq (berpisah sementara).
Selang beberapa hari kakak balik rumah. Tapi keadaan kakak sangat teruk dan dingin dengan family. Bila kami cuba bercakap dengan dia, kakak akan buat muka yang menjengkelkan dan dia sengaja nak buat kami sakit hati.
By the way, berpisah sementara tu biasanya mahkamah syariah jatuhkan perintah ni untuk mengesahkan satu perkahwinan tu. Kakak dah tak boleh tinggal sebumbung dengan si hitam tu. So, dapat la jugak kakak balik rumah awal tahun 2017.
Disebabkan kakak perlu meneruskan intern dekat office berdekatan rumah, mak dan abah bagi kebenaran kakak keluar intern. Mak dan abah yang hantar kakak pergi dan balik office. Kitorang ingatkan benda ni akan settle tapi malangnya..keadaan makin teruk!
Mak dan abah fikir masa depan kakak. Kalau tak intern, kakak tak dapat grad. Tapi, lain pulak yang jadi. Selang sebulan dua kami dapat tahu yang kakak banyak kali ponteng waktu intern. Ada orang nampak kakak keluar dengan si hitam tu! Dia keluar berjam-jam kot, maybe bawa balik rumah. Boleh agak tak kenapa si hitam ni bawa kakak balik rumah dia? Si hitam ni memang gila! Dah ada anak bini nafsu tetap menggila!
Aku dengan kakak lain dan mak abah bincang benda ni. Kami decide keesokkan hari kami akan sekat kakak pergi intern! Waktu ni memang drama gila ah. Kakak dah bersiap nak pergi office tapi mak kunci pintu tak bagi keluar dan abah ajak bincang dengan kakak isu ponteng waktu office. Waktu abah bercakap dan tegur kakak, slow-slow kakak lain datang dekat dengan kakak aku lepas tu terus grab handbag kakak!
Waktu ini memang gila. Sebab kakak aku ni dah macam orang gila! Dia menjerit macam orang tak betul sebab kami nak ambil handbag dia! Serius, kakak macam orang gila. Dia menjerit sampai kalah suara kami. Padahal dia ni jenis lembut. Nak keluar suara pun Ya Ampun, lembut tau.
Masa ni kami bergelut, sampai terselak segala benda weh. Kudrat kakak kalah dua orang yang tengah bergelut. Kuat gila dia waktu tu. Abah aku join baru la mampu nak rampas handbag dia tu. Kami nak rampas sebab nak ambil handphone dia. Tak bagi contact si hitam tu. Sebab makin lama makin teruk keadaan kakak. Kitorang nak usaha sembuhkan kakak. Serius panjang cerita ni dan sangat complicated.
Aku ada lagi cerita kejadian dekat hospital, 6 orang polis datang rumah sebab kakak, kakak mengamuk sampai aku cedera dan cerita dekat mahkamah syariah yang si hitam ni bawak lari kakak ikut pintu belakang. Nanti aku sambung sampai habis. Pengakhiran yang sadis.
By the way, aku terdetik nak taip cerita ni sebab aku dapat gambar ni dalam whatsapp family. Kakak aku yang berdiri tengah tu. Diri dia yang dulu dah tak ada. Kami rindukan dia sangat-sangat. Tiap minggu mesti hadir dalam mimpi aku.
Lepas kitorang dah rampas handbag (ada handphone kak), laptop pun rampas, bilik kakak pun abah dah rosakkan tombol pintu (risau kakak buat hal kunci bilik je dan depression seorang diri) bermula hidup kakak yang kitorang tak bagi keluar rumah. Kakak mula protes tak nak turun tingkat bawah (rumah kami 2 tingkat) dan tak nak makan. 24/7 duduk dalam bilik je. So, tiap hari, pagi, tengahari, malam adik dan mak yang akan bawa makanan ke bilik kakak.
Mula-mula memang dia tak nak makan. Lama-lama makan jugak sampai habis. Kalau kitorang cuba nak borak dengan dia memang teruk la dia menjerit marah dekat kitorang balik. Memang kakak cuba macam-macam cara nak buat kitorang bencikan dia.
Bayangkan dari sorang yang ada personaliti lembut dan baik tapi sekarang perangai dia berubah 360°. Ma yang dia sayang gila-gila ni pun dia boleh lawan dan bercakap kasar. Serius, personaliti dia memang berubah gila.
Tapi satu hari tu terkantoi! Laptop kakak yang rosak boleh guna balik. So, dia guna laptop nak berhubung dengan si hitam. Apa lagi, terus kami rampas laptop tu. Aku bukak laptop kakak dan tengok history. Ada banyak gila dia hantar email dekat si hitam. Dia guna email kedai si hitam tu.
Aku syak kakak masih buat kerja-kerja untuk kedai si hitam tu. Benda yang aku risau kakak ada send gambar tanpa ada subject. Aku risau kakak send gambar family. Kakak ni memang aku rasa macam gila la! Dia memang selalu log out email kedai tu, macam selalu bersedia kalau kitorang rampas laptop tu. Tapi, dia terlupa nak log out fb sendiri.
Aku check mesej dan nampak mesej si hitam tu.
"Abang tak tahan ni, abang rindu A (nama kakak)"
Aku dapat tahu jugak, kakak memang akan delete conversation di FB dengan si hitam tu. Sebab aku tengok di history banyak gila pop out mesej kakak dengan si hitam. So mesej last yang aku baca tu mungkin kakak tak sempat delete. Lepas rampas laptop, kakak buat hal lagi.
Senyap-senyap kakak curi phone adik lelaki. Bila tanya kakak, dia marah balik tak mengaku. Lepas adik lelaki, adik perempuan pulak jadi mangsa handphone kena curi. Memang kakak yang curi pun. Ambil masa berbulan jumpa balik handphone. Tapi dua-dua phone tak boleh guna. Ada password dan satu lagi tak dapat detect wifi.
Spanjang kakak ada dekat rumah, dia macam mayat hidup. Berjalan sambil termenung. Duduk dalam bilik termenung. Kitorang try borak, dia tengking kitorang balik. Sampai la satu tahap dia macam cakap seorang diri. Kami tak tahu apa yang dia cakap sorang-sorang tu. Sebab berbisik-bisik. Kitorang cuba macam-macam cara nak sembuhkan dia tapi Tuhan belum izinkan lagi.
Sampai la masuk bulan ramadhan 2017. Kakak masih protes tak nak turun makan tapi kami tetap bawa makanan ke bilik dia. Waktu ramadhan tu memang special gila makanan kakak. Nak beli makanan mesti ma abah akan fikir nak beli makanan special khas untuk kakak je. Sebab nak pastikan kakak makan sampai habis.
Waktu ramadhan mak memang tak putus-putus berdoa supaya kakak sembuh.
Satu hari tu, kakak tiba-tiba panggil mak dari tingkat atas. Mak masuk bilik kakak dan terkejut banyak darah! Rupa-rupanya kakak gugur! Waktu ni bulan ramadhan lagi.
Mak dan abah terus bawa kakak ke hospital tapi kakak perlu dipindahkan ke hospital lain untuk cuci rahim dia. Dari Gua Musang ke Kuala Krai, aku yang teman kakak duduk dalam ambulan. Mak dan abah akan menyusul pergi ke hospital sana kejap lagi.
Waktu ni bila borak dgn kakak, dia akn balas segala pertanyaan aku dengan lembut. Aku yang tolong bawa kerusi roda kakak sepanjang berada di hospital. Aku tunggu kakak hingga waktu melawat habis. Selang beberapa minit lepas waktu berbuka puasa, mak dan abah tiba hospital. Kami bertiga berbuka puasa sambil minum air kotak je.
Mak pulak tengah rushing nak jumpa kakak dalam wad. Lepas settle jumpa kakak baru kami ada peluang nak makan nasi. Waktu makan, mak dan abah asyik cakap
"Harap apa yang jadi ni akan sedarkan kakak dan harap dia akan berubah jadi diri yang asal"
Kitorang harap sangat dia sedar tapi, ada something yang terjadi keesokkan hari dekat wad. Waktu melawat, aku, mak dan abah yang tunggu kakak tiba-tiba si hitam tu datang! Dia datang dengan angkuh dan cakap dengan kuat.
"A bagitahu abang, siapa yang buat A jadi macam ni???"
Lepas tu si hitam tu senyum sinis dekat mak dan abah! Satu wad dengar suara jantan gila ni. Waktu ni mak dan abah jadi kaku dan senyap! Aku protes keluar dari wad dan call family member lain.
Bila aku masuk balik wad, tiba-tiba satu wad kecoh mak dan abah gaduh dengan si hitam tu. Jantan gila ni nak anak orang tapi layan parent orang biadap gila! Aku join buat kecoh jugak! Si hitam ni boleh pulak dia tanya aku.
"Kau ni sape nak cakap macam tu ha??? Ni bini aku!"
Aku balas balik,
"Eh, kakak aku ni family kami. Apa hak kau senang nak ambik anak orang ni hah???"
Serius, kecoh gila dalam wad dan pak guard datang halau si hitam ni. Aku menangis gila-gila waktu ni. Sebab aku kecewa. Aku ingat kakak akan berubah tapi tak. Katil sebelah kakak aku yang bagitahu, dia bagi pinjam phone dia pada kakak. Sebab tu si hitam tu datang.
Patient katil sebelah minta maaf dgn kami sebab dia tak tahu pasal ni. Oh ye, aku lupa nak cerita, ada satu kejadian selang seminggu selepas kakak aku balik rumah. Selepas mahkamah jatuhkan perintah faraq.
Si hitam tu ada datang rumah kami dan mengamuk luar rumah macam orang gila! Dia datang pukul 11 malam. Siang hari confirm takut malu dengan orang. Bayangkan pukul 11 malam, tiba-tiba satu family terkejut ada orang mengamuk dan menjerit macam orang gila depan rumah. Jiran selang 10 buah rumah pun dengar!
Dia mengamuk asyik cakap, "A tu bini aku, hak aku!". Si hitam tu asyik ulang ayat tu je weh. Macam orang gila! Abang aku hampir nak menumbuk tapi mak aku halang. Bila habis gaduh tu si hitam balik dan kitorang terus pergi balai polis buat laporan.
Kakak aku waktu tu masih ada handphone, dia sempat call si hitam tu cakap yang mak dan abah pergi balai. Bila sampai balai, terus nampak si hitam tu dekat depan kaunter balai tu! Kitorang nak buat report yang si hitam ni serang rumah kami tapi, pihak polis bagitahu balik...
"Kami tak nak masuk campur isu family”
Si hitam ni serang rumah orang kot! Sakit hati gila!
Keesokan hari adik bongsu aku demam mengejut. Sebab dia terkejut kejadian mengamuk malam semalam. 2-3 hari jugak demam panas. Benda ni bagi efek mental family aku kot. Tak pernah jadi benda macam ni. Panjang lagi cerita..macam-macam benda berlaku dalam masa setahun. 9 kali naik turun mahkamah syariah.
Gais..jangan isukan pulak aku panggil "si hitam tu". Sebab hitam bagi aku pure 100% hitam dan bukan warna kulit. So, jantan tu perangai buruk dan hati hitam sebab tu kitorang panggil dia si hitam.
Isu kakak aku gugur tu memang buat kitorang rasa sakit hati gila. Sebab doktor check, kandungan kakak sebulan lebih/dua bulan. Padahal mahkamah jatuhkan perintah faraq hampir 4-5 bulan. Maknanya diorang pernah bersama dlm tempoh faraq (berpisah sementara) tu!
Mana boleh bersama sebab mahkamah syariah nak sahkan dulu pernikahan diorang. Bayangkan kalau perkahwinan tak sah? Senang-senang dia ajak anak orang berzina? Ni jugak bukti yang kakak ponteng waktu kerja internship, jantan tu bawak balik rumah buat benda tak elok.
Bila kejadian ni berlaku, family bertambah strict dan makin berjaga-jaga risau ada perkara lain berlaku. Kitorang berusaha macam-macam cara nak sembuhkan kakak. Sepanjang dalam tempoh naik turun mahkamah untuk fight soal perkahwinan kakak, memang kami sekeluarga penat sangat-sangat. Sebab jantan tu failkan kes ni di mahkamah Kota Bharu. Kami dari Gua Musang ke Kota Bharu ambil masa 3-4jam!
Jantan tak guna tu jugak sengaja failkan di mahkamah Kota Bharu sebab nak menyusahkan kami sekeluarga dan nak jaga aib dia. Dia malu nama dia tercemar di Gua Musang. Orang business kan. So takut malu la asyik pergi turun naik mahkamah syariah di Gua Musang.
Aku dapat tahu si hitam ni TUKAR ALAMAT IC semata-mata nak failkan kes dia di mahkamah Kota Bharu. IC lama dia alamat di Gua Musang, dia tukar alamat baru. Aku jumpa softcopy ic lama si hitam ni dalam laptop kakak. Menyusahkan kami tahu tak? Aku syak dia ada member orang dalam ajar.
Okay, next. Benda yang unexpected berlaku. 2 kali si hitam ni datang rumah kami dengan 2 orang polis. Dia datang dengan kereta peronda polis. Apa kaitan dengan polis?
Dia datang waktu maghrib pulak tu. Dia cakap, dia nak jumpa kakak aku. Tapi ayah aku tak bagi. First time dia dtg rumah kami waktu maghrib tu, abah buka pintu dan speechless tengok si hitam dengan polis datang rumah.
Si hitam ni tiba-tiba acah baik nak bersalaman dengan abah. Abah sambut je la salam tu macam biasa, tapi rupa-rupanya ada benda. Tak silap aku, jantan tu nak salam mungkin sebab dia nak "kirim benda" dekat abah. Beberapa hari lepas tu, ada ustaz tegur abah..dia nampak ada "something" ikut abah. Ustaz tu dah tolong abah buang benda tu. Mujur dapat detect awal-awal.
Second time, jantan tu datang lagi dengan polis, waktu maghrib lagi. Kitorang pelik, asal polis ni baik hati sangat nak teman si hitam ni datang rumah kami? Padahal sebelum ni kami report si hitam serang rumah boleh pulak polis pertikai taknak masuk campur urusan keluarga. Second time si hitam tu datang rumah kami waktu maghrib memang abah tak buka langsung pintu.
Kami tanya polis yang follow si hitam tu untuk tunjuk kad polis tapi diorang tak nak bagi. Sepanjang kakak dikurung dalam rumah ni, kami bagi makan minum dia yang cukup. Every week makan sedap. Kfc, masak spaghetti special, makan kek. Memang cukup makan. Cuma mental akak yang kurang stabil. Mak selalu cuba nak borak dengan akak, tak nak dia depress. Kawan-kawan kakak pun datang lawat 3-4 kali jugak kakak cuba untuk lari dari rumah. Kami selalu berjaga-jaga, kunci pintu 24/7.
Pisau dan benda tajam dalam rumah pun mak simpan rapi dalam laci rumah. Risau kakak bertindak benda luar akal.
Pernah aku tengah borak dengan mak dekat dapur, tiba-tiba nampak kelibat kakak. Kakak pakai baju cantik-cantik, bawa handbag nak keluar dari rumah! Aku dengan mak terus kejar dari belakang cepat-cepat! Macam aksi kejar mengejar pulak. Mak menjerit-jerit dari belakang sambil kejar kakak di ruang tamu.
Aku ni berbadan gempal tau. Aku sempat peluk kakak aku dari belakang! Kakak aku ni kurus kering berat 41kg++. Tapi dia punya kekuatan kalah aku yang badan gempal ni. Dia sempat buka pintu tapi mujur pintu grill utama mak aku sempat kunci. Walau pintu grill kunci, tapi masih nampak orang dekat luar rumah kan. Waktu ni malu gila. Malu sangat-sangat. Rumah aku tepi jalan raya. Berdekatan area kedai dan sekolah rendah. Waktu tengahari mesti la ramai orang sebab budak sekolah balik.
Kakak aku tanpa segan silu, dia menjerit macam orang gila depan rumah aku. Dia menangis menjerit smbil panggil, "Abe, tolong saya abeee!" (Abe : si hitam). Aku sempat tutup kepala dengan towel waktu pintu terbukak. Malu gila. Semua orang berdekatan berlari ke rumah kami, nak tengok apa yang berlaku.
Mujur ada pintu grill, kalau tak aku tak tahu apa lagi yang kakak akan bertindak macam dia dah tak waras. Waktu aku bergelut dengan kakak ni tangan dan kaki aku cedera berdarah. Awalnya aku tak perasan berdarah, mak tegur baru aku perasan. Cermin mata pun patah.Banyak kali jugak kakak cuba nak lari rumah. Benda ni berulang-ulang. Dia akan duduk depan pintu sambil menjerit-jerit panggil, "Abe". Jiran pun dah biasa bila dengar kakak menjerit ni. Orang tengok dari jauh je macam kakak ni tak waras.
Ada satu kejadian waktu petang, kami satu keluarga pelik kenapa kakak melawa, pakai tudung kemas-kemas macam nak keluar rumah. Kitorang berlagak macam biasa, mungkin dia nak cuba lari dari rumah lagi. Selang beberapa min. Ada 6 ORANG POLIS DATANG RUMAH. Polis bagitahu pada family,
"Kami dapat report yang ada orang CUBA UNTUK BUNUH DIRI di rumah ni".
Serius benda ni berlaku. Aku rasa macam drama pulak sebab benda ni macam tak masuk akal! Macam mana la si hitam tu terfikir untuk plan dan buat benda ni. Satu family terkejut, siapa yang nak bunuh diri? Polis tu bagitahu nama penuh kakak aku. Padahal kakak tengah rilek je, pakai lawa-lawa macam nak keluar rumah. Polis tak nak bagitahu siapa yang report benda ni tapi kami memang dah syak.
Si hitam ni memang betul-betul gila, dia siap pergi heboh dekat tok imam suruh datang rumah kami pergi tengok yang kakak nak bunuh diri. Bukan setakat tok imam, dia jugak contact pakcik lain.Okay, selingan kes cubaan bunuh diri ni. Buat pengetahuan korang, kami dah rampas semua benda yang ada potensi kakak boleh contact dengan si hitam.
Yang jadi misteri, diorang ni macam contact each other? Kami buat spotcheck di bilik kakak, cari phone yang kemungkinan kakak sorok Tapi tak jumpa apa-apa benda pun dekat bilik kakak! Aku check dekat tubuh kakak kot yang kemungkinan dia sorok dekat badan dia tapi tak jumpa. Sampai sekarang benda ni masih jadi misteri.
Sambungan kes bunuh diri tu. Polis yang datang rumah siap bawak bag, mungkin emergency kit untuk tangkap orang tak waras/cuba bunuh diri. Polis yang datang semuanya baik. Macam biasa la ada polis sokong kami dan ada polis jenis keras kepala tersengih je bila dengar cerita kami. Polis slow talk dengan kakak. Borak dengan ma abah. Ada polis yang sengaja tanya kakak,
"Awak nak kalau kami tangkap mak ayah awak masuk lokap?"
Kakak aku cakap, dia tak kisah polis nak tangkap pun asalkan dia dapat keluar dari rumah kami. Polis tu tanya lagi, "Tak kisah mak ayah gadai nyawa?" Kakak aku berkali-kali jawab dia tak kisah langsung.
Polis tu tak expect langsung benda tu keluar dari mulut kakak aku yang luaran nampak macam budak baik. Waktu polis slow talk dengan kakak, banyak benda jugak kakak tipu. Dia bagitahu pada polis yang kami kurung dia tak bagi makan. Padahal tiap hari mak dan adik bawa makanan ke bilik dia. Dia cuma makan dan tinggal pinggan kotor je. Tiap minggu ada je makanan special.
Skip segala benda terjadi hampir setahun, memang penat fizikal dan mental nak fight benda ni. Sebab kami tahu si hitam ni bukan nak sangat kakak. Dia sengaja nak balas dendam dan nak menang dalam "perang" ni je.
Aku dapat info yang si hitam ni ada perempuan lain sepanjang tempoh faraq. Kes mahkamah mengenai isu perkahwinan kakak ni, 9 kali jugak tangguh. 2 kali kawan baik kakak teman kami untuk perbicaraan di mahkamah.
Tapi, dunia kakak ni ibarat ada jantan tu sorang je. Kawan baik dia pun, dia layan kasar. Pernah aku tengok dari jauh, kawan kakak yang jenis sabar dan lembut tu pun tak mampu nak tahan perasaan marah, dia tegur kakak aku,
"A sedar la! Jangan buat macam ni! Ingat family! Ingat tuhan!"
Tapi kakak aku marah kawan dia balik. Mulut kakak asyik terkumat kamit macam cakap sorang-sorang, kawan dia tengok dan rasa geram gila. Dia tanya kakak aku, "A! Dah la macam tu! Awak cakap dengan sape tu??"
Tapi kakak aku tengok kawan dia dengan pandangan kosong dan senyap je, tak jawab pertanyaan tu. Pernah dekat mahkamah, kami sekeluarga tunggu turn untuk perbicaraan, tiba-tiba kakak bangun dan terus jalan macam zombi. Satu family terkejut, tiba-tiba je! Kami berjemaah terus kejar kakak aku. Dia marah kami jangan ikut dia ke tandas.
Tapi waktu nak ke tandas tu kakak macam tengah tercari-cari benda. Aku bagi direction dia ke tandas. Bila kakak masuk tandas, selang beberapa minit, SI HITAM TU KELUAR DARI TANDAS LELAKI sebelah! Satu family terkejut.
Macam kakak aku ni dapat signal dia ada kat situ. Si hitam tu buat muka rilek dan duduk atas kerusi menunggu depan tandas perempuan. Kami semua rasa geram gila. Aku geram nak sepak pukul je!
Serius benda ni memang pelik. Macam kakak aku ni dipanggil dan aku rasa jantan ni sengaja nak jumpa kakak sebelum perbicaraan mahkamah. Bila kakak keluar dari tandas, automatik kakak macam orang tak waras. Kakak terus nak pergi dekat, nak peluk si hitam buruk tu! Kami sekeluarga sempat halang. Riuh jugak luar mahkamah. Kerani mahkamah marah kami dan si hitam ni play victim cakap kami yang serang dia. So, perbicaraan diteruskan. Kami yang terakhir untuk naik court.
Okay, aku nak share isu mahkamah ni. Kami siasat sijil nikah narathiwat tu ada seorang saksi orang Thailand, 1 nama saksi orang Malaysia, IC DAN ALAMAT TAK WUJUD! Kami check IC, TAK WUJUD. Kami pergi check latar belakang alamat rumah saksi sijil nikah tu, MEREKA GUNA ALAMAT TIPU.
Alamat rumah tu milik kawan mak dan abah. Walaupun tu rumah sewa tapi sebelum ni TIADA NAMA PENYEWA seperti dalam sijil nikah tu. Dekat sijil nikah si hitam tu sengaja nak tunjuk acah banyak duit walau hutang berlambak. Dia letak amount HANTARAN RM13,000.
Kami tanya kakak, mana bukti RM13,000 tapi kakak senyap. Tak kisah soal duit tapi soal maruah ni lebih penting! Kalau dalam sijil nikah pun boleh tipu,agak-agak? So, perbicaraan mahkamah tamat. Kerani mahkamah minta semua orang dan family berkumpul dekat satu ruangan untuk bagitahu apa keputusan mahkamah. So, kerani mahkamah tu bagitahu hakim dah putuskan PERKAHWINAN MEREKA SAH.
Ya Allah...sedih. Waktu kejadian di mahkamah ni sadis gila sebab kami sekeluarga belum tahu keputusan tapi SI HITAM dan GENG awal-awal dah tahu keputusan ni. Diorang AWAL-AWAL DAH BAWA LARI KAKAK AKU IKUT PINTU BELAKANG MAHKAMAH! Bayangkan waktu family tengah sibuk menunggu dan nak dengar keputusan dari mahkamah SI HITAM dan GENG tu guna peluang ni untuk bawa lari kakak!
Kami tak sempat jumpa kakak lepas perbicaraan! Patutnya orang dalam mahkamah tu consider benda ni! Kenapa diorang tahu keputusan tu dulu??
Info tambahan lagi, sepanjang 9 kali tangguh perbicaraan mahkamah, kami ada hire peguam tapi peguam tu blur gila! Dalam court tergagap dan bila tanya soalan dia jadi macam bingung sikit. So, kami decide stop ambil peguam walau dah burn duit ribu jugak. Padahal kami hire peguam yang orang recommend kot! Kiranya terbaik jugak.
Isu pernikahan sah atau tak, pihak mahkamah cakap kalau kahwin dekat narathiwat memang sah. Isu saksi tipu tu pihak mahkamah cakap tak apa. Asalkan ada saksi waktu mereka kahwin di masjid yang ada link/berdaftar dengan Malaysia. Waktu perbicaraan tu, si hitam bawa 3 orang saksi yang kami syak saksi tipu! Saksi tu tak ada bukti tertulis pun.
Imagine lepas habis perbicaraan, kau tengok muka si hitam ni keluar court senyum sinis gelak ketawa. Waktu tu semua family rasa geram gila!
Lepas tahu keputusan mahkamah dan kakak dibawa lari tu memang semua menangis. Perasaan kecewa, sakit hati dianiayai! Kami kehilangan family kami! Kami fight benda ni demi masa depan kakak. Lagipun kami fight sebab si hitam ni orang jahat. Takkan ma abah nak bagi anak free-free dekat orang yang berhati setan?
Ma asyik cakap...
"Aku besarkan anak aku..aku lahirkan anak aku..tu anak aku!"
Sedih tengok mak merintih macam ni. Keesokkan hari, kami dapat tahu so hitam tu ada di Gua Musang. Ma abah pergi rumah dia tanpa pengetahuan anak-anak lain. Masa tu waktu pagi, ma abah pergi ketuk pintu dan gaduh! Si hitam tolak ma sampai kepala ma hampir terkena simen! Tangan abah pulak seliuh, ambil masa berminggu untuk sembuh!
Korang rasa ni jenis manusia apa ye? Sanggup buat orang tua macam ni? Abang dan adik lelaki lain memang tunggu masa nak pergi cari gaduh tapi ma merayu pada diorang. Ma tak nak anak-anak lain cari pasal. Ma risau abang dan adik-adik masih muda ada masalah lain. Benda ni terjadi around 2017 - awal tahun 2018. Sejak dari tu, kakak tak balik rumah dan tak contact family langsung.
Kakak jadi kuli kedai dia. Kalau pergi kedai tu akan jumpa kakak yang macam mayat hidup. Kakak yang urus kedai, kakak pergi beli barang rumah sorang, kakak cari makan sorang diri. Ada makcik yang terserempak dengan kakak, dia bercerita dekat mak sampai nak menangis sebab makcik tu cakap dia kesian tengok keadaan kakak macam mayat hidup. Aku pernah post cerita ni di FB sejak dari tu, ramai mula PM aku kongsi kisah dia pasal jantan ni.
- Ada orang PM bagitahu kawan dia hampir kena rogol dengan si hitam ni.
- Adik wife pertama dia pun hampir jadi mangsa sexual tapi family suruh senyap pasal isu ni
- Ramai yang kena ganggu dengan jantan ni. Banyak gila orang komen di fb post yang diorang pernah kena ganggu
- Jantan ni ada kisah lama yang dia pernah buat perempuan lain tergilakan dia
Majoriti mangsa diamkan diri. Ada yang PM bagitahu aku dia tak nak buat report polis sebab dia takut. Oh ye, sepanjang tempoh perbicaraan mahkamah tu hampir setahun jugak, si hitam tu ada perempuan lain. Ni pun aku dapat tahu dari orang lain. 2-3 orang yang PM di fb cakap benda sama.
Jantan ni memang gila kan? Kami dah berusaha nak berubat kakak. Dah beribu habis tapi belum jumpa penawar. Orang yang pernah alami benda ni akan faham betapa susah nak cari penawar.
Ramai ustaz tak mampu nak buang "benda" kakak tu. Dah jumpa yang mahir berkaitan benda ni tapi ustaz tu dah tua dan uzur. Ada roomate kakak PM di FB. Dia bagitahu dia memang terkejut bila tahu cerita kakak tu. Dia cakap dia selalu nampak kakak menangis sorang diri waktu malam masa kakak masih belajar di uitm. Dia tak rapat dengan kakak sebab kakak jenis pendam dan pendiam. Aku rasa si hitam psycho ni dia cuma nak kakak untuk jadi hamba dia je.
So sekarang si hitam ni dah dapat kakak jadi hak dia dan sekarang kakak jadi hamba dia, free je. Ok. Aku stop sini je. Sekarang kakak tinggal di daerah sama dengan kami tapi tak balik dan tak contact pun kami. Dengar cerita kakak dah beranak. Tak tahu macam mana life dia sebab si hitam tu memang nak kami putuskan terus hubungan keluarga. Semua orang nasihatkan kami untuk reda.
Sumber: Diyana Zahari
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment