Selesa Menyepi, Melissa Maureen & Malique Too Phat Kini Bahagia Dengan 3 Cahaya Mata
Terasa lama sangat kita tak mendengar cerita mengenai pasangan selebriti, Malique dan Melissa Maureen Rizal sejak mereka mendirikan rumahtangga pada 8 Ogos 2008 (8.8.08).
Bahkan peminat juga tertanya-tanya dengan perkembangan terbaru mereka, seakan rindu melihat kedua-duanya kembali aktif di dalam bidang seni.
Kisah mengenai pasangan ini memang jarang diceritakan sendiri oleh tuan empunya badan, cuma ada beberapa kali Malique cuba mendedahkan serba sedikit mengenai isteri dan anak sulungnya, Inca Medina menerusi lagu-lagu yang digubah.
Terbaru menerusi emel bergambar dikirimkan oleh sumber-sumber terdekat, Malique dan Melissa khabarnya semakin bahagia dikelilingi anak-anak yang kini sudah bertambah bilangan hingga tiga orang.
Siapa sangka, dalam pada bersembunyi dari publisti, hubungan mereka masih lagi kekal utuh sekaligus menolak beberapa dakwaan klisé yang mengatakan rumahtangga selebriti bermasalah setiap kali berdiam diri.
Dari apa yang disampaikan, selain Inca Medina yang kini berusia lima tahun, pasangan itu turut dikurniakan seorang anak lelaki bernama Rumi Arjuna dan seorang lagi anak perempuan bernama Chasca Maya.
Biarpun masih belum dapat dipastikan sama ada kanak-kanak berkenaan adalah anak kandung Melissa dan Malique, namun dapat dilihat rupa paras Malique terserlah di wajah anak kedua dan ketiga.
Kalau betul keluarga pasangan ini semakin berkembang, rasanya ramai peminat yang akan terus mendoakan kebahagiaan mereka.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment