SAYU Sangat, Buat Majlis Tahlil Suami Serentak Dengan Majlis Akikah Anak



ALLAHUAKBAR… tabah dan cekalnya wanita ini apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya seorang diri tanpa kehadiran suami tercinta.

Lebih memilukan, wanita bernama Aziatulamira, 26, terpaksa berhadapan dengan kenyataan bahawa majlis akikah yang sepatutnya dirai penuh cinta bersama suami terpaksa diadakan serentak dengan majlis tahlil arwah suami.


Gambar wanita bernama Aziatul mendakap bayinya ketika majlis akikah dan tahlil arwah suaminya, Izzuddin Hamdan ternyata menimbulkan rasa sebak dan sayu ramai sehinggakan menjadi tular di laman sosial.

Apatah lagi mengenang nasib, kecekalan si ibu yang terpaksa membesarkan anak berseorangan dan si kecil yang langsung tidak dapat merasai kasih seorang bapa.
Benarlah, sesungguhnya ajal dan jodoh rahsia ketentuan Ilahi.


Difahamkan, arwah suami Aziatul meninggal dunia akibat kemalangan ketika usia kandungannya mencecah lapan bulan pada 15 Januari lalu.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 20 Mei 2016, setelah beberapa bulan berkenalan.
Semoga wanita ini kuat mengharungi ujian ini. Al-fatihah buat arwah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.