Salam Takziah Buat Keluarga, Semoga Allah Kurniakan Syurga Buatmu Adik Thaqif
JOHOR BAHRU - Pelajar tahfiz yang dilaporkan dipotong kaki dipercayai akibat disebat dengan getah paip Mac lalu, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, lapor Astro Awani.
Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meninggal dunia sekitar jam 2.05 petang tadi, memetik sumber dari ahli keluarganya.
Mohamad Thaqif dijangka bakal melakukan pembedahan memotong tangan kanannya yang dilaporkan semakin kritikal, pagi tadi. Bagaimanapun ditangguhkan kerana keadaan jantungnya yang tidak stabil.
28 Mac lalu, Thaqif dan 15 pelajar yang lain disebat di bahagian kaki menggunakan getah paip kerana bising di surau.
31 Mac, Thaqif dikeluarkan dari sekolah berkenaan selepas mengadu kakinya sakit disebat menggunakan getah paip.
9 April, Thaqif dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultan Ismail dan beberapa hari kemudian, kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.
26 April, doktor membuat keputusan untuk memotong tangan kanan Thaqif dengan persetujuan keluarganya, namun ditangguhkan kerana keadaannya tidak stabil.
26 April, doktor membuat keputusan untuk memotong tangan kanan Thaqif dengan persetujuan keluarganya, namun ditangguhkan kerana keadaannya tidak stabil.
Kes Thaqif yang dimasukkan ke HSI minggu lalu tular di laman sosial selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dipercayai akibat dipukul pembantu warden.
Akibat pukulan tersebut, kedua-dua kaki Thaqif dijangkiti kuman serta darah beku yang memaksa doktor memotong kedua kakinya kerana mahu mengelakkan jangkitan kuman ke atas tubuh badannya.
Pada Isnin lalu, keadaan Thaqif makin teruk apabila doktor mengesan terdapat darah beku di lengan kiri menyebabkan tangan kanannya bertukar hitam dan mungkin terpaksa dipotong.
Sementara, pembantu warden lelaki berumur 29 tahun berkenaan pula kini direman bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut.
Ibu murid terbabit, Felda Wani Ahmad menerusi laman Facebooknya, menggunakan nama Dayang Thaqifah turut mengemas kini status melahirkan perasaan rindu terhadap anaknya, selain memuat naik gambar dia bersama Thaqif.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi laman sosial Twitter turut melahirkan ucapan takziah.
Rata-rata pengguna media sosial juga melahirkan perasaan sedih dan ucapan takziah di atas pemergian Thaqif.
Al-Fatihah
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment