Ramai Simpati Kena Tinggal, Ini Komen Balas Radin Tentang Hubungannya Dengan Ayda Jebat

Ramai Simpati, Ini Komen Balas Radin Tentang Hubungan Dengan Ayda Jebat 



Radin merupakan penyampai Radio Era FM yang sebelum ini dikaitkan dengan penyanyi, pelakon popular Ayda Jebat.

Kini Ayda Jebat dikaitkan pula dengan pelakon kacak Redza Rosli dan rata-rata mengandaikan hubungan Ayda dengan Radin kini sudah berakhir.

Banyak juga para peminat yang bersimpati dengan nasib Radin apabial hubungan mereka dikatakan tidak berjaya.


Namun Radin memberitahu dia tidak patah hati apabila Ayda Jebat kini dikatakan sedang rapat dengan Redza.

Sebagai kawan dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Ayda Jebat.

Ini komen Radin:

"Saya tidak kecewa atau berkecil hati, daripada dulu lagi kami hanya kawan sahaja dan tidak pernah pun bercinta.

"Jadi bila ada orang yang ingat saya ditinggalkan ia tidak benar, saya sendiri gembira dan sentiasa doakan yang baik-baik untuk mereka," 


"Memang ramai yang komen kasihankan saya bila keluar berita berkaitan Ayda, tolong jangan kasihankan saya. Saya baik-baik sahaja.


"Kamu baru sahaja bertemu beberapa hari lalu dalam sebuah majlis.



"Saya akui ada peminat yang suka dan mahu melihat kami bersama tapi kenyataannya mereka perlu bezakan antara kerja dan peribadi,"


Itulah penjelasan dari pihak Radin tentang Ayda Jebat.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.