Rahsia Terbongkar Thaqif Luahkan Perasaan Menerusi Buku Latihan Setelah Berhenti Sekolah Tahfiz
Johor Bahru - Seorang murid lelaki yang kakinya terpaksa dipotong dan mendapat liputan meluas, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, ada meluahkan perasaan dan doa melalui buku latihannya agar dapat dipindahkan daripada asrama berkenaan. Lapor Harian Metro.
Menurut saudara murid itu yang tidak ingin dikenali, berkata perkara itu hanya diketahui oleh keluarga selepas membelek buku latihan Thaqif yang dibawa pulang apabila berhenti dari sekolah tahfiz itu. Menerusi penulisan Thaqif dalam nota itu, dia menulis seolah-olah menceritakan tentang dirinya itu dalam keadaan tertekan.
Malah, Thaqif juga seperti dibuli selain menceritakan ditumbuk tanpa sebab, dipaksa mencuci talam dan cawan walaupun bukan gilirannya. Lebih menyedihkan, katanya, Thaqif berdoa supaya ibu dan bapanya memindahkan dia ke sekolah lain kerana berasakan tidak selesa lagi berada di madrasah itu.
Menurut ibunya, Felda Wani Ahmad, 40, berkata anak ketiga daripada lima beradik itu telah mendaftar masuk ke madrasah tersebut pada 27 Januari lalu. Pada mulanya Thaqif nampak gembira dapat belajar di sekolah tersebut. Perubahan ke atas dirinya mula ketara dan dia mendesak agar segera dipindahkan kerana mendakwa sering dipukul sejak kebelakangan ini.
Thaqif mendakwa sering dipukul di tapak kaki dan betis ketika sujud oleh pembantu warden asrama berkenaan. Menurut ibunya lagi, apabila melihat Thaqif bersedih dan seperti tidak mahu ke sekolah, dia mengeluarkan Thaqif dari sekolah tersebut pada 31 Mac lalu, jelas ibu Thaqif.
Sungguh mengejutkan apabila kesihatan Thaqif semakin buruk dan membuatkan dia menghantar anaknya itu ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan, pada Rabu lalu. Katanya, kedua-dua kaki anaknya lebam dan bewarna merah sebelum doktor memberitahu terdapat darah beku dan jangkitan kuman merebak ke buah pinggangnya.
Doktor juga memaklumkan bahawa dia tidak dapat merawat kaki anak kecuali terpaksa melakukan pembedahan iaitu memotong kedua-dua kakinya supaya kuman itu tidak merebak.
Sehubungan itu, keluarga Thaqif telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis di Balai Polis Ulu Tiram, pada 19 Mac lalu. Keluarga Thaqif amat mengharapkan agar polis menjalankan siasatan terperinci.
Sumber: The Reporter
Sumber: The Reporter
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment