Penerbangan Tergendala Akibat Suami Isteri Bergaduh Sebelum Menaiki Pesawat
Akibat masalah penceraian pasangan suami isteri menjadi punca waktu penerbangan tergendala! Memetik laporan Tencent Net, kejadian yang berlaku pada pagi Selasa lalu memperlihatkan sepasang suami isteri tiba-tiba bertelagah ketika menaiki penerbangan
Eastern Airline MU5843 dari lapagan terbang Changshui di Kunming, Yunnan ke Chengdu. Dilaporkan, kapal terbang yang sepatutnya bertolak pada jam 11 pagi, namun kira-kira pada jam 10.50 pagi, seorang lelaki berpakaian baju hitam bersama seorang wanita berpakaian baju putih tiba-tiba bergaduh di landasan lapangan terbang dan kelihatan bertindak kasar.
Walaupun petugas lapangan terbang cuba memberi nasihat, tetapi mereka berdua dalam situasi emosi tinggi, saling tolak menolak dan tarik antara satu sama lain.
Ketika pergaduhan, wanita terbabit ditolak dan ditekan di atas tanah, malah baju lelaki turut dikoyak sehingga terbuka.
Hasilnya, penerbangan yang pada asalnya bertolak pada jam 11 pagi terpaksa ditundakan dan petugas pesawat menghubungi pegawai polis lapangan terbang untuk membantu menghalang pasangan suami isteri terbabit menaiki pesawat.
Setelah mereka dibawa keluar, kapalterbang barulah sempat bertolak pada jam 11.28 pagi, dan difahamkan selamat tiba di Chengdu pada 12.36 tengahari.
Selepas siasatan polis, suami isteri itu didapati sedang dalam proses penceraian akibat tidak serasi dalam perhubungan mereka.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment