Pelajar UniMAP Maut Kerana Terjatuh Dari Tingkat 7, Cuba Masuk Bilik Yang Terkunci
Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terbunuh setelah dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh bangunan Kolej Kediaman Pelajar Kampus Uniciti Alam, Sungai Chuchuh di Padang Besar, tengahari kelmarin.
Menurut Ketua Polis Perlis Datuk Ab Rashid Ab Wahab, Goh Xin Li, 21, pelajar tahun satu bidang ‘Machining’ kampus tersebut, meninggal dunia di tempat kejadian.
Memetik laporan Bernama, beliau berkata pelajar dari Pulau Pinang itu dilaporkan cuba memasuki rumah yang didiami bersama tujuh lagi rakannya melalui beranda untuk mengambil kunci rumah yang tertinggal di dalam biliknya dan dipercayai tergelincir lalu terjatuh.
Mayat pelajar itu ditemui tertiarap di atas lantai oleh seorang pelajar lagi UniMAP, Soon Pau Hong, 23, yang kebetulan lalu di lokasi kejadian kira-kira pukul 2.45 petang, kata Ab Rashid kepada pemberita di sini.
Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal yang ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan UniMAP yang membuat pemeriksaan sebelum mayat mangsa dihantar ke HTF untuk dibedah siasat.
Katanya keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
“UniMAP akan membantu menguruskan mayat Xin Li termasuk menghantar ke Pulau Pinang,” kata Zul Azhar.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment