Komen Sentap Buat Ammar Oleh Pelakon Fazren Rafi Tentang Isu Mempersendakan Watson Nyambek
Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan lawak berani mati oleh pengacara rancangan ‘Sukan Tak Sentral’ iaitu Ammar dan Marsha gara-gara mempersendakan nama mendiang ayah kepada bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.
Ekoran daripada insiden itu yang mencetuskan kontroversi itu, Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Datuk Ahmad Izham Omar telah mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan itu serta merta selain menggantung perkhidmatan pengacara, penerbit dan krew produksi rancangan itu.
Hal itu juga bukan sahaja menaikkan kemarahan Watson tetapi seluruh rakyat Malaysia yang menganggap pihak Primeworks Studios seperti tidak peka dan sensitif dengan isu-isu sebegini.
Menerusi sidang media yang diadakan semalam di Miri, Sarawak bersama Watson, beliau menegaskan bahawa tidak dapat menerima pemohonan maaf yang dilakukan oleh pihak Primeworks Studios.
Walau bagaimanapun, hari ini sahabat baik kepada Ammar iaitu seorang pelakon kacak, Fazren telah memuat naik gambar beserta kapsyen tentang luahan hatinya dengan apa yang telah terjadi.
KERANA MULUT BADAN BINASA.. akhirnya impak peribahasa nie dpt faz dirasai.. kepada sahabat faz @armadaammar ini merupakan satu pengajaran yg terbaik buat dirimu bkn utk amar seorang sahaja tp pengajaran yg terbaik utk kita jdkn contoh supaya tidak berlaku lg perkara seperti ini.. dia dah buat salah dia mengakui dan dia dah buat apa yg sepatutnya perlu dia buat jd kita kt luar nie jgn la jd penghukum kalau nk hukum pun hukum dia bkn bini n mak bapak dia itu salah sgt2.. faz yakin dia sgt2 dia menyesal dgn perbuatan dia dan faz yakin kes nie beri kesedaran pada para artis semua supaya lebih berhati-hati dgn tutur kata.. to bro amar mmg pasti dugaan kali nie berat be strong k.. 💪💪 dugaan mu dugaan kita semua juga.. #karma mungkin satu hari jd kt diri faz sendiri n kita semua.. minta dijauhkn.. amin..
Beliau juga merayu agar netizen dapat memaafkan Ammar dan jangan kaitkan isteri serta ibu ayah Ammar dalam kes sebegini kerana mereka tidak bersalah.
Rata-rata netizen yang melihat gambar ini juga menyokong kenyataan Fazren berhubung insiden ini dan berharap agar Ammar dapat belajar dari pengalaman.
Kami juga ingin merayu kepada anda semua supaya tidak lagi menghukum Ammar kerana beliau juga sudah memohon maaf selain mengakui kesalahannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment