Ini Pengumuman Anak Tiri Siti Nurhaliza, Adib Sahkan Bakal Nikahi Izara Aishah
Ini Pengumuman Anak Tiri Siti Nurhaliza, Adib Sahkan Bakal Nikahi Izara Aishah
Tidak mahu terus berselindung tentang hari bahagia mereka, Adib Khalid yang juga anak tiri Datuk Siti Nurhaliza melalui Harian Metro mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Izara Aishah tahun ini.
Adib Khalid dan pelakon jelita Izara Aishah sememangnya terkenal sebagai pasangan kekasih.
Untuk pengetahuan, Adib merupakan anak Dato K iaitu anak tiri Datuk Siti Nurhaliza.
Berita ini dikongsi oleh Adib kepada wartawan harian Metro baru baru ini namun dia enggan berkongsi lebih lanjut mengenai tarikh rasmi termasuk butiran majlis perkahwinannya.
Ini komen penuh dari Adib:
“Ya, kami akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut.
“Insya-Allah kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, saya akan menghebahkannya kepada semua.
“Kami masih dalam perbincangan. Apabila tiba masanya, saya akan kongsikan berita gembira ini,”
“Kami masih dalam perbincangan. Apabila tiba masanya, saya akan kongsikan berita gembira ini,” jelasnya. Jika diimbas sekali, pada tahun 2014, Adib pernah menyatakan bahawa dia memberi tempoh masa 3 tahun untuk menjelaskan hala tuju hubungannya bersama Izara.
Apa pun, setelah disahkan sendiri oleh empunya badan, pastinya pasangan ini akan berkongsikan berita baik apabila segala perbincangan dengan pihak keluarga mencapai keputusan muktamad.
Izara Aishah merupakan pelakon popular manakala Adib pula merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment