Hukum Mengeluarkan Air Mani Dengan Sendirinya. Semua Wajib Tahu Hukum Ini
salam
Pada kelas Kafa di sekolah saya ,ustaz saya ada menyebut tentang hukum mengeluarkan air mani dgn sendirinya.Caranya begini:ambil sabun dan licinkan tangan dgnnya kemudian pegang qubul dan jalin qubul dengan menggunakan tangan sehingga menimbulkan syahwat :bestnyer.Kemudia dgn sendirinya air mani akan terpancut keluar.Menurut Ustaz saya,sesiapa yg membuat begitu tidak diperakui umat nabi muhammad S.A.W.Masalahnya saya tidak memjumpai nas-nas yg berkata begitu.Bolehkah ustaz terangkan kpd saya?sekian :wassalam
salam
Persoalan onani/masturbation telah dijawab sebelum ini. Jumhur ulama' menghukumnya sebagai haram. Dalil mereka:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)
Namun begitu, terdapat juga segelintir ulama' yg tidak menghukumnya haram. Percanggahan pendapat ini berlaku kerana tidak terdapat sebarang nas atau dalil yang khusus mengharamkan onani ini.
Kata2 ustaz saudara/i itu adalah tidak benar(tidak diperakui umat nabi muhammad S.A.W.) kerana tidak berlandaskan sebarang dalil yang sahih. Berikut adalah fatwa Dr Yusuf Qardawi dari bukunya al-Halal Wal Haram Fil Islam.
-------
Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).
Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.
Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahwa mani adalah barang kelebihan. Oleh kerana itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:
Kerana takut berbuat zina.
Kerana tidak mampu kawin.
Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah itu memuncak dan dikawatirkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia kawatir akan berbuat zina. Kerana itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku congkak dan gharizahnya itu tidak menjadi ulat.
Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu kawin, yaitu kiranya dia mau memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kawinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)
Jawapan di atas di ambil dari HUKUM ONANI
:wassalam
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment