Budak 9 Tahun Terjumpa Beg Berisi Tunai RM16,500 Dan Emas Namun Buat Keputusan Untuk Pulangkan Duit Tersebut, Ramai Netizen Terharu Dengan Kejujurannya
Apa yang anda akan buat sekiranya terjumpa sebuah beg berisi dengan wang dan barang berharga seperti emas terlantar di atas jalan dan tiada kelibat tuan punya barang? Sudah pasti ada di antara kita akan cepat-cepat mengambil beg tersebut tanpa banyak soal dan mungkin menggunakan wang yang dijumpai untuk kegunaan sendiri.
Tapi bagi seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun dari Phuket, Thailand sudah mengerti yang kejujuran itu adalah polisi yang terbaik. Jadi apabila dia terjumpa sebuah beg yang dipenuhi dengan duit dan emas, dia tidak teragak-agak untuk memulangkan kembali beg tersebut kepada tuan punya badan.
"Terjumpa Beg"
Pada Selasa lalu, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Piyarat Boonkek terjumpa sebuah beg berisi sejumlah wang bernilai RM16,665 dan 90g emas di atas jalan. Tidak tahu bagaimana hendak memulangkan beg tersebut, Piya membawa beg yang dijumpainya itu pulang ke rumah dan memberitahu ibu bapanya.
Mengikut portal Phuket Gazette, ibu bapa Piya cuba mencari pemilik beg tersebut di sekitar Pantai Kamala. Setelah seketika mencari, mereka akhirnya menjumpai pemilik beg yang sebenarnya adalah seorang peniaga di tepi pantai tersebut.
"Wang Untuk Bayar Bil Hospital"
Puan Nukhlia yang berusia 55 tahun menceritakan yang beliau mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil hospital tetapi tiba-tiba hujan turun dan ketika dalam perjalanan pulang beg tersebut tercicir dan beliau tidak menyedari sehingga pulang ke rumah.
Apabila menyedari beg tersebut telah hilang, Puan Nukhlia jatuh pengsan. Setelah sedar, beliau cuba mencari beg tersebut dengan melalui kembali jalan yang digunakan untuk pulang tapi tidak berjaya.
Ketika hampir berputus asa, ibu bapa Piyarat memanggil beliau dan bertanya adakah beliau kehilang beg. Puan Nukhlia berasa teramat gembira apabila berjaya menemukan kembali beg tersebut. Atas sifat jujur Piya, Puan Nukhlia memberi sedikit saguhati bernilai RM256.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment