Bayi Pra-Matang Yang Disangkakan Meninggal Dunia Waktu Dilahirkan, Rupa-Rupanya Masih Bernyawa Sewaktu Hampir Dikebumikan


New Delhi: Seorang bayi yang baru lahir dan diisytihar mati oleh kakitangan kejururawatan di sebuah hospital didapati masih hidup oleh keluarganya sejurus sebelum dia dikebumikan.
Durgesh Rathore, 25, melahirkan anak pramatang selepas hamil 24 minggu dengan bantuan jururawat di Hospital Pandit Brij Sunder Sharma di Bundi, daerah di negeri Rajasthan, barat India.
Bayi yang hanya seberat 0.4 kilogram itu diisytihar meninggal dunia selepas dia tidak menangis atau bernafas.
Apabila keluarganya bersiap untuk mengebumikannya, mereka merasakan degupan jantungnya dan melihat dia bernafas.
Mereka serta-merta membawanya ke hospital semula.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.