Bahaya Bersukan Pada Waktu Malam Punca Serangan Jantung
Bahaya bersukan pada waktu malam
Apabila seseorang menghabiskan kebanyakan masanya di pejabat, waktu malam merupakan alternatif untuk mereka bersukan. Namun ada pendapat mengatakan, bersukan pada waktu malam adalah antara faktor penyakit jantung kerana mereka memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat.
Menurut Kosmo bertarikh 1 februari 2014, bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam, tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.
Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.
Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat. Katanya, aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.
“Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung. Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging,” katanya kepada Kosmo!.
Secara purata, seramai 32 orang mati setiap hari akibat penyakit jantung. Wah ramai jugak tu. Selalunya kita dengar masalah jantung ni berpunca dari pemakanan, tapi bersukan pada waktu malam pun antara faktor masalah jantung. Bersenam ringan tu tak mengapa cuma jangan terlalu berat. Apa pun, jaga pemakanan juga supaya kita dapat menghindarkan diri kita dari penyakit jantung yang digeruni ni. Bila dah kena, kos untuk mengubati amatlah mahal.
WAKTU IDEAL UNTUK AKTIVITI SUKAN ATAU SENAMAN YANG BERAT
Sebenarnya bukan tak boleh nak bersukan waktu malam, cuma kita kena minimakan penggunaan tenaga. Maksudnya cuba buat aktiviti sukan yang ringan-ringan seperti berjogging ataupun berenang. Sekarang dah tau kesan bersukan waktu malam,jom kita cari waktu yang selamat untuk bersukan.Waktu paling ideal untuk kita melakukan aktiviti sukan ataupun senaman berat adalah pada waktu pagi antara 6 pagi hingga 9 pagi sebab badan kita masa tu masih cergas dan segar.Kalau tak dapat buat aktiviti berat buat yang ringan-ringan pun cukup.Jangan terlalu memaksa tubuh melakukan perkara-perkara yang diluar kemampuan.Elok-elok nak sihat lain pula yang dapat.
STATISTIK PENGHIDAP SAKIT JANTUNG DI MALAYSIA
1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Paras kolesterol darah yang tinggi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ia adalah masalah serius yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia. Sehingga ada statistik mengatakan serangan jantung akibat kolestrol tinggi menjadi punca kematian tiga kali ganda lebih tinggi dari kanser! Hakikatnya, semakin tinggi paras kolesterol anda, semakin tinggilah risiko yang anda hadapi.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment