'Aku Akan Saman Dia (Wedding Planner)!'
Majlis perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Jadi, adalah penting
pasangan yang bakal mendirikan masjid ini mencari perkhidmatan wedding
planner yang benar-benar jujur dalam memberikan perkhidmatan.
Namun pasangan ini terpaksa menanggung malu akibat wedding planner yang
dilantik didakwa tidak amanah dan cuba meminta pembayaran di atas hasil
kerja yang hanya siap separuh jalan. Bagaimanapun, pihak terbabit
difahamkan enggan mengaku salah dan mengugut membuat laporan polis jika
baki bayaran tidak dilangsaikan.
Baca aduan dari Amila Baszelan. Moga menjadi pengajaran bagi bakal-bakal pengantin agar lebih berhati-hati memilih perkhidmatan seperti ini.
Dah lama pendamkan hal ini. Tetapi sebab baru-baru ini DJ majlis
wedding aku dah mula post pasal aku tak nak bayar payment pada bridal
yang handle majlis aku, siap screenshot profile Facebook aku dan suami,
jadi di sini aku nak counterback apa yang dia cakap tentang aku dan
suami.
Aku jumpa wedding planner area Kuantan di group WhatsApp. Let's we
all call her Nora. Perjanjian awal dulu dengan harga RM14,900, aku
dijanjikan hidangan makanan RM9.90 untuk 500 pax, pakej pelamin RM4,000,
DJ RM600 dan dewan yang mana dia quote RM4,700 yang mana mama dah mula
rasa tak logik. Tetapi mama percayakan juga dia. Nora juga offer percuma
pakej SPA sebelum dan selepas majlis, bilik hotel untuk satu malam,
kaunter aiskrim dan berinai.
Sepanjang tempoh sebelum majlis itu, macam-macamlah yang berlaku.
First of all, aku percaya dia sudah lama buat kerja bridal ini, cuma
tiada butik sahaja. Barang-barang pelamin dia simpan dalam rumah. Okay,
tak mengapa, aku niat nak tolong dia sekali alang-alang.
Baju pengantin kitorang pergi ke bridal-bridal lain untuk sewa tetapi
butik-butik yang dia bawa, satu pun saya dan mama tak berkenan. Ada
tetapi di Kemaman, jauh katanya. Akhir sekali Nora suruh aku pilih nak
kain yang mana. Dia nak hantar jahit sendiri, alang-alang boleh jadi
collection dia. Dengan tak ada kata kos tambahan apa-apa, aku pun
pilihlah siap beritahu dia design yang aku nak.
Suatu hari yang lain pula, dia mesej aku, kata tukar katerer sebab
dia ada kenal tukang masak katering. Aku pun okaykan saja sebab dia kata
orang itu masak pun boleh tahan sedap. Hari lainnya pula dia mesej aku
lagi beritahu meja untuk VIP hanya boleh dapat dua buah saja. Puncanya
kami tak bayar katerer, jadi mereka tak nak bagi. Aku seperti, "What the
heck?!". Boleh saja kan sediakan sebabnya selepas majlis masih kena
bayar untuk kos yang sama juga. Tetapi aku sabar saja dan okay, fine.
Apa-apa sajalah.
Seminggu sebelum majlis, dia baru nak tanya aku bila nak mandi bunga.
Aku kata, Khamis sebab malam itu nak berinai. Esok malamnya akad nikah
dah. Dia pun kata okay saja. Tiba hari Khamis, aku tanya bila aku boleh
pergi SPA doa. Tetapi dia kata tak sempatlah nak SPA apa semua sebab dia
sibuk buat persiapan. Dia kata aku patut buat SPA seminggu sebelum
majlis.
"Masa saya kata nak buat hari Khamis, awak kata okay saja. Apa hal hari ini tak boleh pula?" bengang.
"Kalau mandi bunga sempatlah malam ini sebelum berinai," katanya.
Aku pun, fine. Aku buat sendiri facial sebab malas dah nak keluar
pergi cari salun lain. Nora datang lewat malam hari Khamis itu. Sempat
aku bakar brownies sebiji untuk goodies, tunggu dia kata nak datang
selepas Asar. So confirmlah mandi bunga tak ada kan? Aku buat-buat tak
ingat tentang mandi bunga dan teruskan berinai. Sudahlah inai itu
awal-awal dia kata design simple saja. Wedding wei, bukan bertunang. Aku
nak berhias sekali saja seumur hidup. Tetapi sebab aku baik, aku diam
sajalah.
Selepas akad nikah, aku pergi ke dewan untuk tengok keadaan. Pelamin
baru nak pasang. Kemudian Nora panggil aku ke tepi, minta turunkan
tandatangan perjanjian yang mengatakan aku sudah bayar RM7,000. Aku baca
betul-betul, tiada yang mengatakan aku kena bayar balance berapa.
Tarikh pun aku tak tulis bila nak bayar balance itu.
Masa hari kejadian iaitu majlis persandingan aku, Sabtu 27 Ogos 2016.
Aku tengah makeup, bila aku minta makcik aku WhatsApp gambar pelamin,
DAMN! Simple gila! Pelamin tunang aku lagi cantik okay. Finelah kerusi
bulan itu aku dan suami setuju nak guna (menyesal betul). Masalahnya
hiasan pelamin tidak sepadan langsung dengan harga pakej yang dia bagi.
Di Kuala Lumpur kalau pelamin RM4,000, meriah eksklusif dah. Aku dah
mula rasa down. Masa itu aku terdetik nasib baik makeup ini makcik aku
yang kerja makeup artis ini yang buatkan. Kalau harapkan si Nora itu
cari orang, entah apa jadi dengan muka aku. Masa makeup itu juga Nora
hantar mesej melalui WhatsApp kata dia tengah angkut makanan katering
sebab katanya van katering rosak. Aku tak reply.
Sampai dewan, tunggu rombongan suami tiba. Aku try jenguk dalam
dewan, orang tak ramai mana pun. Berarak masuk ke dalam dewan, toleh ke
kanan, meja buffet dah kosong. Meja makan pun banyak kosong. Okay tak
apa, duduk bersanding.
Tiba waktu nak makan beradab, cikai weh aku beritahu ni. Aku pernah
part time katering kot. Meja makan pengantin dalam pakej RM450 tetapi
hampeh. Ayam golek seekor, aku agak Nora beli depan butik dia. Yang lain
semua menu katering. Sudahlah nasi keras, air dalam jug macam korang
datang makan rumah aku. Pengapit yang kena berdiri hidangkan makanan. Di
seberang meja, rombongan saudara suami aku dari Johor datang. Mak
mertua aku cakap mereka tak dapat makanan. Terkejut aku, padahal mereka
masuk itu baru dewan penuh.
Aku down lagi level 99999. Sudu nak makan tak ada. Senduk nak cedok
lauk pun tak ada. Tunggulah pula adik aku pergi cari. Aku makan sikit
saja. Tak ada selera betul. Padahal lapar. Aku perhati mama ke hulu
hilir berborak dengan tetamu.
Selesai potong kek, sesi bergambar. Tetamu beransur, rombongan
keluarga mertua aku balik. Aku ronda dewan, pergi pada mama dan saudara
mara aku. Rupa-rupanya makanan habis jam 1 petang lagi. Mujur kawan
mama, Umi Zira, terus pergi beli lauk masak sendiri di rumah dia sebaik
saja dia tengok lauk katering mula-mula sampai dewan. Dia dah agak dah
lauk tak cukup. Memang tak macam untuk 300 orang pun. Padahal order 500
pax. Jam 3 baru makanan sampai dewan semula. Menangis aku di bahu Umi
kerana terharu dia bersusah payah untuk menolong majlis aku. Baik aku
bayar dia kalau begini jadinya.
Nora? Batang hidung pun tak nampak. Sudhalah kata nak bagi kaunter
aiskrim, langsung tak ada. Tisu, sudu, garfu nak makan bihun sup yang
katerer sediakan, air mineral berkotak-kotak itu semua mama aku yang
kena beli sendiri. Sakit hati gila rasa. Malu pada keluarga suami,
keluarga aku sebab mereka datang dari Kelantan tetapi kena buat kerja
macam pramusaji dah. Malu pada kawan-kawan aku yang datang dari jauh
tetapi makanan dah habis. Malu, malu, mlau!
Aku sorok kesakitan hati dengan melayan saja cameraman, aku bersesi
photoshoot. Selepas itu keluar pergi outdoor. Masa itu Tuhan saja yang
tahu betapa seidhnya aku tengok saudara mara aku masih berada di dewan
mengemas meja makan sebab katerer tak sediakan orang untuk bersihkan
meja.
Selepas majlis, Nora dengan beraninya minta baki bayaran tanpa
sebarang rasa bersalah. Dia langsung tidak bertanya apa feedback dari
aku. Yang dia tahu bila aku nak bayar. Aku malas nak reply mesej dia,
aku suruh dia deal dengan mama sebab yang membayar itu mama, bukan aku.
Kami enggan pedulikan dia sehingga dia ugut nak buat laporan polis. Aku
apa lagi, menyirap betul. Aku cakap pada dia, dia buat report, aku pun
akan buat report. Aku akan saman dia sebab memalukan aku dan keluarga.
Sudahlah aku kahwin sekali seumur hidup, tetapi macam ini yang aku
dapat?
Lagi menyirap apabila aku post mortem dengan keluarga dapat tahu
harga dewan RM3,500 saja okay! Makanan itu pun tak sampai 300 pax. Makan
beradab macam hampeh. Lagi nak suruh kami buat bayaran habis? Kawan
adik aku pun cakap wedding aku ini bernilai RM7,000 saja. Lagi nak aku
bayar penuh RM14,9K? Macam mana kami tahu tetamu tak sampai 500? Kami
buat goodies 400 sahaja dan itu pun banyak lagi yang tak habis. Tak
sampai 300 pun tetamu. Mama dah lama buat bisnes katering dulu,
kawan-kawan dia ramai katerer dan aku pun pernah kerja katering. Jadi
part mana yang dia nak kencing kami?
DJ bodoh deal ngan Nora tapi mintak duit ngan aku. Ko suruh la Nora bayar ko. Ko nak report macam la ko ade bukti aku janji nak bayar ko. Haha funny la this man. |
Ni FB bridal tu |
Pakej pelamin RM4k yg dia bangga-banggakan tu. Hahahahampehh. Same macam price pelamin tunang aku RM500 yg mane lagi cantik. Eyh sial la jaii. |
Oooo noraaa.. customer RM20k ko ni mintak pelamin banyak2 bunga. Apesal ko bagi die bunga seketul dua je? Jahat betul ea ko. |
Nora nak lari Johor. Warga Johor please aware! |
Sekarang Nora suruh DJ itu minta aku settlekan bayaran sebab DJ itu
tak dapat payment berpunca dari aku. Dia ugut nak buat laporan polis
juga. Reportlah, ingat aku takut? Silap-silap, Nora itu kena bayar
gantirugi nak tutup malu keluarga aku. Dia post di Facebook kan, tengok
sekarang giliran aku pula. Aku takkan halalkan duit mas kahwin aku
dahulukan untuk bayar dia dulu. Semoga kau melingkup ya. - Amila Baszelan
Sumber: The Reporter
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment