"Ajak...Aku Minta Maaf..." - Shahrol Minta Maaf Melalui WhatsApp Akui Kesalahannya, Ajak Touching
"Ajak...Aku Minta Maaf..." - Shahrol Minta Maaf, Ajak Akui Touching
Semalam telah berlansung peringkat suku akhir pertandingan Maharaja Lawak Mega 2017.
Setiap peserta dikehendaki membuat dua persembahan dengan tema Viral dan juga Seram Berloghat.
Persembahan kumpulan Shiro pada pusingan kedua ketika tema Seram Berloghat ternyata hambar dan kurang memberangsangkan.
Oleh kerana persembahan kurang memuaskan, Shahrol telah memohon maaf kepada rakannya, Ajak dengan mengatakan itu semua salahnya.
Mesej Shahrol itu dikongsikan oleh Ajak di laman media miliknya. Ternyata Ajak tersentuh hati dengan mesej dari Shahrol itu.
Ajak turut memohon maaf kepada peminat Shiro kerana telah mengecewakan mereka pada persembahan kedua mereka di MLM 2017.
“Aku tak tau kenapa aku touching dapat mesej kau...Maaf semua fans...Kami pun kecewa persembahan kedua tadi...Insyaallah kami perbaiki minggu depan...Ingat tak apa ko cakap dulu? "Jom Jak! Xde Kau Xde Aku!"
Para follower Ajak dan Shahrol Shiro telah memberikan kata-kata semangat kepada mereka berdua agar bangkit semula pada minggu hadapan.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment