Abang Peminat Nombor 1 Coldplay Tulis Surat Terbuka Untuk Adiknya Yang Menghidap Kanser Tahap 4 & Ini Respon Mereka Dapat




Sekarang ni band terkenal dunia, Coldplay sedang lakukan konsert jelajah di seluruh Asia seperti Singapura, Thailand, Taiwan, Korea dan Jepun. Kami pasti ramai diantara anda yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan epik mereka tu kan?

Selepas Singapura, Coldplay telah mengadakan konsert di Manila, Filipina. Salah seorang peminat setia Coldplay sudah pun membeli tiket tetapi kerana peminat ni mempunyai kanser dan terpaksa tinggal di hospital. Abangnya tulis surat terbuka di facebook betapa sedihnya adik dia tak dapat pergi saksikan konsert Coldplay. Selepas itu, ini yang berlaku..

Terpaksa lupakan impian kerana kanser

Screen Shot 2017-04-07 at 2.31.21 AM

Menurut abangnya, Ken merupakan peminat nombor satu Coldplay. Sebaik sahaja Coldplay umumkan ada mengadakan konsert jelajah Asia di Filipina, Ken sangat teruja dan akan cuba membeli tiket paling dekat dengan stage dan paling mereka mampu.

Tetapi pada 4 Februari lepas, Ken menghidap kanser tahap 4. Berita ini sangat mengejutkan mereka sekeluarga kerana Ken sebelum ni memang normal dan tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia menghidap kanser. Pada minggu lepas, dia lepaskan tiket pada adik bongsunya. Dia tidak menunjukkan yang dia sedih tapi mereka tahu jauh dari sudut hati, Ken memang nak sangat berada di konsert tersebut.
Tetapi memandangkan kondisi kesihatannya, Ken terpaksa melepaskan impiannya itu. Tujuan saya menulis surat terbuka ini adalah untuk membuat sedikit permintaan dari Coldplay sekurang-kurangnya memberi respon dan berkata ‘Hi’ pun sudah mencukupi, untuk membuatkan hatinya gembira.

Penyanyi utama datang melawat

Screen Shot 2017-04-07 at 2.31.11 AM

Akhirnya surat terbuka abangnya itu sampai kepada Coldplay dan penyanyi utama dari band tersebut, Chris Martin datang melawat Ken di hospital. Respon Chris Martin itu telah mendapat pujian dari orang ramai.

Sumber: Twitter Coldplay Malaysia

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.