"4 Bulan Saya Lihat Penderitaan Anak, Taska Lepas Tangan Saja" - Ibu Kecewa Taska Tidak Bertanggungjawab Dedah Kisah Yang Menimpa Anaknya
Anak merupakan anugerah terhebat buat setiap pasangan ibu bapa. Dan sudah pasti kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya sangat mendalam. Sering kali kita mendengar kes anak-anak yang didera oleh pengasuh atau taska sehingga ada yang menyebabkan kecederaan. Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak sendiri menderita kerana kecuaian dari pihak yang diamanahkan untuk menjaga anak kita.
Itulah yang dihadapi oleh seorang ibu apabila anaknya yang berumur 10 bulan mengalami pendaraan dalam otak sehingga terpaksa menjalani pembedahan.
Ibu saudara Azzalea Zahra memberitahu kejadian berlaku ketika Azzalea berada di taska. "Hanya Allah dan kakitangan taska saja tahu apa sebenarnya berlaku. Sebelum ini asyik terbaca kisah keluarga yang ada kes di taska. Tak sangka boleh terjadi pada keluarga sendiri".
Setelah mendiamkan diri selama 4 bulan ibu mangsa Miela Ab mendedahkan kisah yang menimpa anakya itu melalui Facebooknya. Difahamkan laporan polis juga sudah dibuat oleh pihaknya dan juga pihak hospital.
Dalam laporan polis oleh pihak hospital, disyaki anaknya itu didera oleh pihak taska.
"Diam Bukan Bermakna Bodoh"
Siapa ada lawyer yang hebat..sila bagi no tel pada ruang komen atau pm saya..saya nak pembelaan..dan taska mutiara nur kasih taman seri akasia kubang semang bukit mertajam pulau pinang harus bertangungjawab..jangan lepas tangan saja..
Jangan ingat saya diam selama 4bulan saya bodoh.. Saya nak tengok sejauh mana kamu mahu bodohkan saya.. Dan pegawai yang handle kes anak saya nie tak tahu apa sebab bagai menyebelahi taska.
Sesenangnya cakap tak boleh ambik tindakkan sebab "orang tak mengaku". Hello.....cik polis..sapa berak tengah jalan nak mengaku lagi2 la..kes membabitkan nyawa... Xpe..myb sbb tu taska xtakut.
"Sedih Lihat Penderitaan Anak"
4bulan saya simpan kekuatan..hari ini..saya tak boleh diam lagi..siang malam saya yang lihat penderitaan anak saya.
Dan taska 4bulan diam seribu bahasa tampa datang meminta maaf apatah menjenguk anak saya jauh sekali menghulurkan bantuan sesen pun..
Jarak taska dengan rumah saya cuma 500meter saja bukan jauh pun. Kamu tiada sifat kemanusiaan so saya xperlu ada belas kasihan menjaga nama baik anda.
Pembayaran untuk pembedahan dihospital kerajaan bukan free yer..saya kena bayar rm2100 + rm130 keluar hospital banyak untuk saya yang tidak bekerja nie...saya pikir jika saya hidup saya boleh lagi usahakan untuk anak saya..jika saya sudah tiada dimanakah anak saya mahu cari tempat bergantung?
Saya bukan nak ambik kesempatan cari duit dari apa yang jadi pada anak saya..99% semua orang sokong dan bagi nasihat untuk saman taska semua untuk pengajaran pada taska agar tidak terjadi lagi pada anak2 orang yang lain berhati2 menjaga anak.orang.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment