Polis buru 'Eypol Waniey', scam pembantu kedai RM12,000 di Baling
Seorang wanita yang dikenali sebagai Eypol Waniey sedang diburu polis kerana disyaki menjalani pelaburan wang tidak wujud yang dikenali sebagai 'Savingbywaniey' telah berjaya menipu banyak mangsanya di media sosial.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan dari mangsa yang juga pembantu kedai, 30, telah mengalami kerugian sebanyak RM12,000 pada Jun lalu selepas terperdaya dengan iklan suspek di Facebook.
Siasatan awal mendapati, suspek berasal dari Kampung Landak Hilir, Kupang, dan telah menjalani pelaburan scam itu sejak dua bulan lalu.
"Mangsa melabur RM12,000 dan dijanjikan pulangan lumayan. Namun wang modal dan keuntungan tidak diperoleh semula, selain suspek sudah menghilangkan diri.
"Mangsa membuat laporan polis Jumaat lalu dan polis membuka siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Bertindak di atas laporan mangsa, polis telah menahan dua wanita berusia lingkungan 30-an pada petang semalam untuk membantu siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial video mangsa berjaya bertemu dengan suspek yang didakwa telah berjaya menipu ramai mangsanya di mana jumlah keseluruhan kerugian yang dialami kira-kira RM10 juta.
Sumber: Harian Metro


Post a Comment