Live Streaming - Malaysia Vs UAE 10 September 2019
Skuad bolasepak Malaysia di bawah bimbingan jurulatih, Tan Cheng Hoe akan bertemu pasukan tangga ke 6 Asia dan ke 65 dunia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi kedua kelayakan Piala Dunia 2022 serta kelayakan Piala Asia 2023 Pusingan Kedua. Di atas kertas, tugas Malaysia amat sukar kerana UAE pernah membelasah Malaysia 10 – 0 pada kelayakan Piala Dunia 2018 yang lepas dan kini mereka dibimbing oleh jurulatih, Bert van Marwijk yang pernah membimbing Belanda ke final Piala Dunia 2010 serta diperkuatkan oleh pemain seperti, Omar Abdulrahman dan Ali Mabkhout.
Perlawanan kedua Malaysia untuk peringkat kumpulan G dan pertama buat UAE akan berlangsung pada hari Selasa, 10 September 2019 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 8:45 malam. Pada perlawanan pertama, skuad Harimau Malaya menewaskan musuh tradisi, Indonesia melalui kemenangan dramatik 3-2 di Jakarta.
Untuk rekod, kali terakhir Harimau Malaya menewaskan pasukan UAE adalah pada Kejohanan Pestabola Merdeka 1982 dengan jaringan 2-1, dan satu lagi kemenangan dicatatkan dengan jaringan 2-0 pada Piala Asia 1980. Selainnya, pasukan kebangsaan telah tewas dalam sembilan pertemuan lain dan seri hanya sekali.
Pasukan lain yang berada di kumpulan yang sama adalah pasukan Thailand dan Vietnam yang beraksi minggu lepas dan terikat 0-0 di Bangkok.
Berikut dikongsikan tarikh dan keputusan perlawanan antara Malaysia menentang UAE yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur:
Live Streaming Di bawah.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih


Post a Comment