Bayi 3 bulan cedera, kepala ditimpa buah durian


Seorang bayi lelaki mengalami kecederaan di kepala (kanan), telinga, pipi, dada dan tangan kiri akibat ditimpa buah durian. 

Menurut Azizul Mohamad yang berkongsikan gambar itu di Facebook Group Gabungan Anak Terengganu (Original), mangsa baru berusia tiga bulan. 

"Doakan semoga anak kepada kawan saya cepat sembuh dan kembali pulih. Mangsa terkena buah durian jatuh dari pokok. Allahuakhbar.

"Baby baru berusia tiga bulan," katanya. 

Tiada maklumat lanjut mengenai kejadian itu. Netizen mendoakan agar mangsa cepat sembuh dan menjadikan kejadian itu sebagai peringatan kepada ibu bapa lain agar tidak membawa anak ke kebun durian. 


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.