Pelakon Veteran, Roslan Hussin Telah Kembali Ke Rahmatullah
Menerusi laman Instagram Zulkifli Ismail, diberitakan pelakon Roslan Hussin telah kembali ke rahmatullah.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 55 tahun.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Sahabat saya, pelakon Roslan Hussin telah kembali ke rahmatullah. Salam takziah buat keluarga Allahyarham.”
Roslan Hussin popular menerusi filem Layar Lara dan begitu sinonim dengan drama aksi pendekar.
Arwah sebelum ini pernah mendapat serangan jantung, serangan angin ahmar dan difahamkan pernah menjalani pembedahan kerana terdapat blockage pada saluran ja ntung.
Sehingga kini, perincian serta sebab kematian masih tidak diketahui. Salam takziah dan al-fatihah dari MH.
Foto – Instagram Zulkifli Ismail
Sumber artikel : mediahiburan.my
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih



Post a Comment