Lima sekeluarga kembali ke rahmatullah termasuk seorang bayi perempuan, kereta langgar pokok
KUALA NERUS: Lima sekeluarga termasuk bayi perempuan berusia sembilan bulan maut selepas kereta dinaiki terba bas dalam kemal angan di Kampung Pengkalan Atas, Batu Rakit, Kuala Nerus, pagi tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 2.50 pagi itu, Mohd Kharulinzam Jusoh, 38, isteri, Nur Syaazlien Syarizam Salleh, 21, dan anak mereka, Nur Khaira Aisyah berusia sembilan bulan meninggal dunia.
Dua lagi yang maut, adik dan ibu kepada Nur Syaazlien, Muhammad Nashrullah, 5, dan Rozilawati Mustafa@Razali, 43.
Sementara itu, seorang lagi anak pasangan suami isteri, Muhammad Khairul Haziq, 5, par ah dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Difahamkan, ketika kejadian, semua mangsa dalam perjalanan balik ke rumah di Kampung Durian Mas, Manir selepas menghadiri kenduri perkahwinan di Kota Bharu, Kelantan.
Bagaimanapun, kereta Proton Wira dinaiki enam mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh pokok.
“Sebaik tiba di lokasi, seorang daripada man gsa sudah berada di luar kenderaan manakala lima lagi masih tersepit.
“Kita mengambil masa kira 15 minit untuk mengeluarkan semua mangsa.
“Ketika itu, dua mangsa yang pa rah dikejarkan ke hospital manakala empat lagi diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini.
Bagaimanapun, Rozilawati disahkan menin ggal dunia ketika menerima rawatan di HSNZ.
Sumber : cempedakcheese.com
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih





Post a Comment