Kronologi pembunuhan kejam adik Siti Masyitah di Kampung Tanjung Medang Hilir



SELEPAS dilaporkan hilang sejak 30 Januari lalu, mayat Siti Masyitah Ibrahim, 11, ditemui dalam keadaan amat tragis dengan tangan dan kakinya diikat, selain beberapa organ dalamannya hilang.

Mayat kanak-kanak itu ditemui beberapa orang kampung di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, 5 petang semalam.

* Siti Masyitah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan pada jam 5 Petang, 30 Januari.

* Menurut keterangan ibu mangsa, Zaleha Abdullah, anaknya keluar menunggang basikal berseorangan selepas meminta RM1 untuk ke kedai runcit.

* Laporan polis dibuat di Balai Polis Pekan pada malam 30 Januari selepas usaha mencari dan mengesannya menemui jalan buntu.



* Basikal mangsa ditemui orang kampung beberapa hari kemudian kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa.

* Usaha mencari kanak-kanak perempuan itu diteruskan orang kampung termasuk melakukan pencarian di kawasan ladang kelapa sawit di mana mayat mangsa dijumpai.

* Pada 9 Februari mayat mangsa dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, kira-kira tiga kilometer dari rumah mangsa.

* Ketika ditemui mayat mangsa dalam keadaan tidak sempurna dan sudah mereput.



* Kepala mangsa juga sudah terpisah daripada badannya dan dilaporkan beberapa organ dalaman mangsa tidak dijumpai

* Mayat kini dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan dijangka menjalani proses bedah siasat pada esok.

Berita berkaitan

Bedah siasat Siti Masyitah esok



MAYAT kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang ditemui dalam keadaan tragis dipercayai dibunuh di ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan akan dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu namun memaklumkan sebarang keputusan berkaitan kematian mangsa akan dikeluarkan sebaik proses bedah siasat selesai.

“Saya sahkan terima maklumat kes itu. Saya tidak boleh beri pengesahan lanjut punca kematiannya. Tunggu laporan forensik dan bedah siasat selesai.

“Mayat itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna dipercayai sudah lama meninggal dunia,” katanya kepada Harian Metro di Pekan, hari ini.

Mayat Siti Masyitah Ibrahim ditemui orang kampung pada 5 petang semalam sebelum keluarga mangsa dan pihak polis dimaklumkan.

Mayatnya kini dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Harian Metro difahamkan, mayat mangsa akan menjalani proses bedah siasat esok untuk mengetahui punca sebenar kemati annya.

Menurut sumber polis, seorang lelaki berusia 23 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat Siti Masyitah.

Sumber : harian metro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.