‘Opah Sampai Menangis’ – Kehidupan Berubah Selepas Beri Hadiah Kuih Kepada Tokti
Lelaki ini menerusi Instagram kongsi kisah di sebalik kejayaan menggenggam segulung Ijazah Sarjana. Ketika mendapat tawaran menyambung pengajian, dia berhadapan dengan masalah kewangan sehingga nenek keberatan untuk membenarkannya belajar lagi.
Namun dengan bantuan Datuk Seri Siti Nurhaliza kehidupan mereka berubah sekelip mata. Rezeki datang bergolek sehingga dia berjaya dengan cemerlang dalam sarjananya!
Satu-satunya ANC dalam kelas
Ada masalah kewangan
KISAH PENJUAL KUIH
Ini adalah penghargaan buat seseorang yang amat berjasa sepanjang
perjalanan Master saya. Beliau adalah bintang yang sangat disayangi
ramai iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk . Saya harap sangat beliau
dapat baca penghargaan ni. @rozisangdewi
Mesti ada yang teringat bagaimana saya sibuk belajar dan pada masa
sama terpaksa menguli tepung bersama Opah Sapiah untuk memenuhi tempahan
kuih bangkit #projekkuihbangkit. Ketika mendapat tawaran menyambung
pengajian saya memang gembira tetapi pada yang sama saya tahu bakal
berhadapan dengan masalah kewangan.
Saya terpaksa berjimat kerana
simpanan semakin susut dan elaun lewat diterima. Saya tiada pilihan
lain. Pada awalnya Opah Sapiah agak keberatan tapi saya cuba yakinkan
Opah Sapiah. Kami bermula agak perlahan dan susah. Orang tak tahu
macamana kita struggle untuk berjaya.
Opah sampai menangis
Allah bukakan rezeki dengan cara yang tidak disangka. Seorang
kawan datang ke rumah dan memberitahu akan bertemu Tokti. Masa tu
kebetulan ada stock kt rumah. Saya minta bantuan kawan untuk memberikan
hadiah kuih kepada Tokti.
Keesokan hari ketika di dalam kelas, saya pelik kenapa handphone
saya tak henti vibrate. Notification untuk WhatsApp dengan IG penuh
dekat skrin. Masa rehat baru saya bukak tengok. Allahuakbar! Tangan saya
mengeletar. Jantung macam nak luruh. Tokti post gambar kuih kat
Instagram. Macam dalam mimpi je. Opah Sapiah sampai menangis yeh.
Terima kasih kerana mempromosikan kuih kami. Sejak tu kami tak
menang tangan. Masa Aidilfitri 2017, beribu balang tempahan sampai kami
terpaksa tolak. Masa tu jadi gila kejap. Mana nak belajar lagi.. Mana
nak mengadap kuih lagi. Tapi Alhamdulillah saya dapat bahagikan masa.
Cuma sekarang terpaksa berehat kejap sebab abah tak sihat.
Disebalik setiap rezeki kita ada rezeki milik orang lain yang
Allah SWT amanahkan. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat kami berkongsi
rezeki dengan pelbagai aktiviti kebajikan. Terima kasih Allah!
Saya dah berjaya menamatkan pengajian dan Anugerah Sarjana Cemerlang
ini saya tujukan juga kepada Tokti. Ternyata post Instagram Tokti
menjadi magis yang telah mengubah hidup kami. Terima kasih.. Hanya Allah
SWT yang mampu membalasnya.
Siti ucap tahniah
Tidur sambil tersenyum semalam.. Terima kasih semua yang telah membantu.. @ctdk
Sumber : Ridzuan Khalid
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih


Post a Comment