'Pakai purdah, menari pula di AJL' - Netizen kecam beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku di AJL32
Bagaimanapun di sebalik kemeriahan AJL pada malam tadi, terselit beberapa insiden yang telah mencetuskan rasa tidak puas hati dan kemarahan netizen.
Di laman sosial, netizen mengutuk tindakan seorang perempuan berpurdah dilihat menari di AJL32. Bagi netizen, tindaknnya itu secara tidak langsung menjatuhkan imej golongan perempuan berpurdah. Malah netizen turut mempersoalkan mengapa perempuan berkenaan berkelakuan tidak senonoh seperti itu.
Sementara itu, persembahan Khai Bahar pula dikritik hebat netizen kerana mereka menganggap persembahan Khai berunsurkan Freemason. Klip video pada 00:24 saat dikatakan, lambang pedang tersebut menyerupai salib. Ramai yang mengatakan persembahan yang disampaikannya tidak mempedulikan sensitiviti agama.
Kemunculan pelakon Iqram Dinzly di akhir program itu juga membuatkan netizen kurang senang dengan perbuatannya yang dianggap tidak bertamadun.
"Kenapa AJL32 masukkan si Iqram yang viral sebab benda bodoh abadi yang dia buat? Anugerah seperti ini tidak sepatutnya masukkan unsur-unsur negatif tidak bertamadun itu.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih





Post a Comment