Mawi Belum Mati, Hayat Masih Berpanjangan
![]() |
| MAWI kini penyampai utama stesen radio Zayan. |
KUALA LUMPUR 17 Nov. - Tidak pernah bermimpi untuk bergelar artis, juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Mawi Ani, 36, bersyukur kerana kedudukannya dalam industri seni hiburan tanah air masih bertahan hingga kini.
Berkata kepada Utusan Online, penyanyi yang berasal dari Kulaijaya, Johor itu menganggap rezekinya dalam bidang nyanyian, malah cabang seni lain tetap ada meskipun ada yang beranggapan bisanya sudah tiada.
“Mungkin saya kurang keluar di kaca televisyen tetapi itu tidak bermaksud karier seni saya berkubur. Boleh dikatakan setiap tahun ada lagu baharu.
“Terkini, saya baru sahaja dilantik sebagai deejay radio berkonsepkan islamik bagi stesen Zayan. Jadi tidak timbul sebarang isu mengatakan hayat seni saya sudah mati,” katanya.
Sementara itu, mengulas lanjut tentang karier baharunya sebagai penyampai radio, Mawi tidak dapat menyorokkan kegembiraannya kerana telah lama menantikan peluang tersebut.
Mengimbas kembali nostalgia, sebelum menyertai AF3, Mawi memberitahu dia pernah bekerja sebagai deejay di sebuah pusat beli belah dan tidak sangka dapat meneruskan karier dalam bidang tersebut.
“Ikutkan dulu, saya tidak pernah bermimpi bergelar penyanyi, tetapi mengimpikan kerjaya sebagai penyampai radio.
“Alhamdulillah, selepas 12 tahun berada dalam industri, impian saya menjadi kenyataan. Pengalaman dulu membantu memberi keyakinan terhadap karier sekarang,” tambahnya.
Pun begitu, Mawi sedar pengalaman bekerja di pasar raya dan di dalam konti ada dua perkara berbeza.
Sebagai orang baharu dalam dunia penyiaran radio, dia sedia untuk belajar dari bawah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Post a Comment