Lintasan Terapung Ini Sesuai Untuk Pemandu Yang Suka Memandu Secara Membabi-Buta
Lintasan pejalan kaki yang berbentuk 3 dimensi ini mampu membuatkan mana-mana pemandu ingin memberhentikan kenderaan mereka serta-merta kerana dari jauh, lintasan tersebut kelihatan seperti palang-palang yang terapung di atas jalanraya.

Rekaan lintasan ini merupakan hasil karya Agust G. Atlason, dari Gusti Productions yang direalisasikan daripada idea seorang ahli pesuruhjaya alam sekitar, Ralf Trylla.
Beliau menyatakan bahawa dia mendapat inspirasi daripada projek yang mempunyai konsep yang serupa dari New Delhi, India.



Dengan bantuan syarikat kontraktor jalan, Vegmalun GIH, idea ilusi optiknya itu kini menjadi realiti dan keselamatan jalanraya juga dapat ditingkatkan.
Di Malaysia, lintasan yang berkonsep serupa telah dibina di Kuala Nerus, Terengganu atas inisiatif daripada Pejabat Daerah & Tanah Kuala Nerus. Lintastan terapung ini kemudiannya telah menjadi tarikan terbaru pelancong yang datang ke daerah tersebut untuk bergambar.



Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Post a Comment