Tak Mahu Menagih Pujian, Tak Rasa Sedih Bila Dicaci – Anzalna Nasir

Setelah membuat permohonan maaf atas apa yang telah terjadi,

Anzalna Nasir turut sama memuatnaik satu status di laman Instagramnya berkenaan kontroversi yang begitu hangat diperkatakan kebelakangan ini. Menurut Anzalna, apa yang telah terjadi adalah satu dugaan daripada Allah. Insaf sekejap Admin membaca kata-kata Anzalna. Penuh berhikmah dan penuh kesedaran.

anzalna nasir

Tulis Anzalna:-
Tak rasa sedih dicaci, tak mahu menagih puji…Setiap manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Allah tidak akan mensia-siakan orang yang bersabar dan redha dengan setiap dugaan dariNya. Amat rugilah seseorang itu bila Allah hadirkan ujian kepadanya, dia masih ditakuk yang sama.

Mengeluh tak berkesudahan. Menyalahkan itu dan ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin. Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitankan dan kau akhirkanlah dgn Kebaikan. Akhir kata tunggu la kenyataan dari adik saya.

anzalna nasir

Admin terasa tenang dan damai membaca kata-kata Anzalna ini. Penuh kematangan dan keinsafan. Apa pun, semua yang terjadi haruslah dijadikan iktibar dan pengajaran agar ia tidak berulang kembali. Apa kata anda?

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.