“Memaksa Kanak-Kanak Pakai Tudung Adalah Satu Jenayah,Wanita Perlu Bangkit Menentang Hukum Menutup Aurat Ini” – Maryam Lee
Memaksa kanak-kanak memakai tudung perlu dikira sebagai jenayah, menurut Maryam Lee. Tulang belakang Projek Dialog itu juga berharap akan berlaku kebangkitan untuk menentang penindasan tersebut suatu hari nanti, di mana beliau berharap akan turut sama menyertai penentangan itu kelak.
Beliau berkata, “Semakin hari semakin banyak, saya lihat bayi-bayi perempuan dikenakan tudung meliputi kepala kecil mereka. Dan saya tidak bergurau, saya pernah melihat satu daripada mereka berniqab. Saya berasa sedih kerana itu, kamu juga patut turut bersedih sama.”
Beliau juga meniupkan semangat untuk kaum wanita bangkit menentang hukum kewajipan menutup aurat yang menurutnya adalah merupakan suatu penindasan. Beliau berkata, “Bagi setiap bayi yang dipaksa mengenakan hijab, saya berdoa agar sepuluh lagi akan bangkit menentangnya satu hari nanti. Bangkitlah menentang penindasan ke atas anda, bayi-bayi saya.”
“Satu hari nanti, apabila kamu membuat keputusan bahawa telah tiba waktunya untuk kaum wanita menentang bullshit ini, saya berharap masih lagi hidup untuk turut lawan menentang bersamamu,”
katanya lagi. Sebelum itu beliau pernah mendakwa bahawa dirinya sendiri pernah dipaksa untuk mengenakan hijab dan berisiko diancam secara fizikal oleh ahli keluarganya sendiri sekiranya mendapati beliau tidak berhijab.
katanya lagi. Sebelum itu beliau pernah mendakwa bahawa dirinya sendiri pernah dipaksa untuk mengenakan hijab dan berisiko diancam secara fizikal oleh ahli keluarganya sendiri sekiranya mendapati beliau tidak berhijab.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih





Post a Comment