Alicia Amin Bergambar Tanpa Seurat Benang, Cabar Persepsi Masyarakat

Mungkin ada di antara pembaca ViralPurba yang mengikuti perkembangan dunia peragaan pentas tempatan yang mengenali Alicia Amin. Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin, 22, ialah peserta Asia’s Next Top Model (ANTM) musim kelima.



Di media sosial Twitter, nama Alicia Amin yang berbangsa Melayu dan beragama Islam kini hangat diperkatakan kerana dia bergambar hampir tanpa seurat benang untuk sebuah laman web yang menjual lingerie. Sesi penggambaran tepi pantai itu dikatakan diambil di Melbourne, Australia pada tahun 2016 dan Alicia dikatakan menggayakan koleksi Victoria’s Secret.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Ini adalah antara gambar Alicia di laman web tersebut. Ada gambar yang lain, penulis persilakan para pembaca untuk mencarinya.

Alicia-_Amin-01

Dan apa yang menarik, Alicia yang mengisytiharkan bahawa dia memiliki corak pemikiran liberal tidak merasakan bergambar tanpa seurat benang itu salah dari segi moral. Baginya, dia berbangga dengan hasil kerjanya sebagai anak seni:

— Alicia A???? (@AliciaAmin) June 23, 2017



Ketika menyertai ANTM, Alicia juga menyuarakan yang sebenarnya tidak membaca kritikan tentangnya di Internet:
Sejujurnya saya tidak akan membaca sebarang komen negatif di Internet kerana tidak mahu kata-kata orang memberi kesan kepada saya.
Walaupun sering mengkritik orang Melayu dengan lantang di laman Twitter, Alicia kini berlakon di Slot Akasia TV3 untuk drama Melayu Meh Sandar Lagi yang turut dijayakan Aliff Aziz dan Mira Filzah. Ini menyebabkan dia diperli oleh Netizen di Twitter:




Alicia bagaimanapun memberi alasan yang dia berlakon untuk drama itu yang dianggap sebagai batu loncatan untuk memulakan karier sebagai seorang pelakon.

My TV debut in #MehSandarLagi on @tv3malaysia ! . Thank you @hj.zil @marrmohamad @aliffaziz91 @mfmirafilzah @zeelproduction @nadanursyuhada @asyrafaley Jangan lupa saksikan di slot Akasia, 7pm mulai minggu depan!

2,499 Likes, 169 Comments – Alicia Amin (@hangriii) on Instagram: “My TV debut in #MehSandarLagi on @tv3malaysia ! . Thank you @hj.zil @marrmohamad @aliffaziz91…”







Bagaimanapun, seorang Netizen membalas yang seseorang itu tidak perlu bergambar tanpa seurat benang untuk maju.

Pada pendapat penulis, Alicia memiliki ciri-ciri seorang model peragaan yang sempurna dengan wajah eksotik dan tubuh tinggi lampai. Sudah tentu, dia boleh menjadi seorang model peragaan yang dikenali seperti yang pernah kita lihat dengan model Juriah Jamil, Samantha Schubert, Mimie Aziz, Nasha Aziz, Shida Yaacob dan ramai lagi, jadi sebenarnya dia tidak perlu tampil dengan aksi sebegitu.
Tetapi mungkin juga dia berbuat begitu supaya lebih mudah dan cepat dikenali orang ramai dalam mengejar impiannya menjadi model dan pelakon terkenal. Ada Netizen yang mendakwa Alicia telah berhenti dari pengajian undang-undang di sebuah universiti di Australia kerana serius untuk menceburi kerjaya sebagai seorang model.

Apa pun, penulis ucapkan semoga berjaya dalam bidang yang diceburi.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.