Wow! Emma Maembong Lukis Sendiri Corak Tudung Koleksinya. Karya Asli Dan Cantik
Ramai yang tak tahu, pelakon cantik Emma Maembong sebenarnya sangat berbakat dalam melukis.
Sebelum bergelar pelakon, masanya banyak dihabiskan dengan melukis. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bakatnya dalam melukis datang dari ayahnya, Ismail Maembong, pelukis profesional terkenal negara.

“Semasa kecil dan remaja dulu, Emma selalu dampingi ayah. Kami bersama-sama mencurah idea dan selalu leka melukis sampai pukul tiga hatta empat pagi,” ujar Emma.
Kalau dah pandai melukis haruslah digunakan bakat tersebut dengan sebaiknya. Emma menggunakan kepakaran tersebut untuk melakar sendiri corak pada koleksi hijab terbarunya.
Koleksi tudung jenama #mysketchbookshawl oleh Emma Maembong dibawa khas untuk peminat Emma dan pencinta seni.

Karya-karya dalam edisi #mysketchbookshawl ini menggunakan digital printing hasil lukisan Emma sendiri, terus dari buku sketch Emma.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih


Post a Comment