Nabil Ahmad Harap Peminat Tidak Terlalu Mengagung-Agungkan Artis Pujaan Mereka



Semalam kecoh dengan isu pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad yang bengang dengan seorang peminat fanatik yang mengaitkan beliau dalam “perang dingin” Fattah Amin dan Neelofa gara-gara salah faham ketidakhadiran Fattah dalam program MeleTOP.
Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu Nabil memadam bukti mesej peminat tersebut daripada akaun Instagramnya.

Kemudian, Nabil sempat untuk memuat naik sebuah video bersama kapsyen yang agak padu. Menurut Nabil, kehadiran selebriti hanya sekadar untuk menghiburkan orang ramai dan sekiranya ada yang menjadikan mereka idola pastikan mereka hanya mencontohi perkara yang baik-baik sahaja.


Tidak salah sebenarnya untuk peminat menyokong karier artis pujaan mereka tetapi janganlah sampai tahap terlalu fanatik. Apa pula komen anda?


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.